Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Yayasan Sabah makin mantap

Program jelajah tawar pelbagai peluang

- Oleh YAP SIONG HAN

U

SAHA Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Tamparuli adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk menyampaik­an kepada rakyat mengenai peluang dan pencapaian Kumpulan Yayasan Sabah selama ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, jelajah itu juga sebagai bukti menyangkal tuduhan tidak berasas oleh pihak pembangkan­g yang mengatakan Kumpulan Yayasan Sabah kini tenat dan muflis.

“Selain peserta mempamerka­n produk inovasi yang dihasilkan, pameran pendidikan yang dilakukan juga memberikan peluang kepada anakanak masyarakat di sini mendapatka­n maklumat mengenai institusi pendidikan awam dan swasta.

“Inilah antara usaha kita selama ini dan pameran seumpamany­a adalah bukti bahawa tuduhan pembangkan­g terhadap kita adalah tidak berasas,” katanya ketika merasmikan Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat peringkat Zon Pantai Barat Selatan kelmarin.

Beliau berkata Yayasan Sabah mempunyai aset bernilai RM14 bilion dan wang tunai yang melebihi RM420 juta. Yayasan Sabah juga memberi berjuta-juta dalam bentuk biasiswa tahunan.

“Oleh itu, saya menasihati rakyat agar tidak tertipu oleh pihak pembangkan­g. Melaksanak­an kerja adalah lebih baik daripada hanya pandai bercakap sahaja.

“Rakyat di sini kenalah bijak mengundi calon

Selain peserta mempamerka­n produk inovasi yang dihasilkan, pameran pendidikan yang dilakukan juga memberikan peluang kepada anak-anak masyarakat di sini mendapatka­n maklumat mengenai institusi pendidikan awam dan swasta. Inilah antara usaha kita selama ini dan pameran seumpamany­a adalah bukti bahawa tuduhan pembangkan­g terhadap kita adalah tidak berasas.” DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Dengan ada wakil rakyat BN di sini, sudah pasti bidang pendidikan dan pertanian dapat dibangunka­n untuk mencapai kemajuan sekaligus memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Musa juga memberikan jaminan bahawa kerajaan sentiasa memastikan rakyat dapat pembelaan yang sewajarnya.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ??  ?? (Gambarkiri)MUSA(tengah)merakamkan­gambarkena­ngan
bersama pelajar-pelajar yang hadir dalam jelajah itu.
(Gambarkiri)MUSA(tengah)merakamkan­gambarkena­ngan bersama pelajar-pelajar yang hadir dalam jelajah itu.
 ??  ?? MUSA bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di majlis itu, turut kelihatan ialah Madius (kiri) dan Sapawi (tiga kiri).
MUSA bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di majlis itu, turut kelihatan ialah Madius (kiri) dan Sapawi (tiga kiri).
 ??  ?? (Gambar atas) MUSA (tiga kanan) bersama Madius (dua kanan) dan Sapawi (kanan) melawat salah satu gerai yang melaksanak­an kempen derma darah.
(Gambar atas) MUSA (tiga kanan) bersama Madius (dua kanan) dan Sapawi (kanan) melawat salah satu gerai yang melaksanak­an kempen derma darah.
 ??  ?? MUSA (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para hadirin yang datang ke majlis itu.
MUSA (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para hadirin yang datang ke majlis itu.
 ??  ?? MUSA (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain melawat pameran yang diadakan dalam jelajah itu.
MUSA (tiga kiri) bersama tetamu kehormat lain melawat pameran yang diadakan dalam jelajah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia