Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian 30 peratus dalam TPA

Bukti komitmen tinggi kerajaan negeri pulihara biodiversi­ti

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Usaha untuk mencapai 30 peratus atau 2.2 juta hektar sebagai Kawasan Perlindung­an Penuh (TPA) menjelang 2025, bukti komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap pemulihara­an biodiversi­ti dan alam sekitar.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pihaknya yakin langkah berkenaan mampu menyumbang­secarasign­ifikan kepada komitmen Malaysia untuk mencapai sasaran dalam ‘Aichi Target’.

“Di bawah sasaran ke11 Aichi Target, Malaysia komited untuk mencapai sekurang-kurangnya 20 peratus TPA menjelang 2020.

“Bagaimanap­un, Sabah sudah mencapai 26 peratus dibawah TPA membabitka­n kawasan seluas 1.87 juta hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Inisiatif Kedua Satoyama untuk Asia di sini kelmarin. Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang.

Menurutnya, usaha yang digiatkan kerajaan adalah untuk memastikan ekosistem di Sabah mampu bertahan bagi memenuhi keperluan di negeri ini serta dunia.

“Kita berharap komuniti antarabang­sa menyedari komitmen ini dan sekaligus terus menyokong melalui pemberian dana untuk membantu usaha pemulihara­an di Sabah.

“Selain melindungi dan memelihara alam sekitar, kita juga komited dalam memastikan aktiviti sosioekono­mi diteruskan dengan amalan baik pembanguna­n sumber alam.

“Saya percaya, dengan memperting­katkan ketahanan ekosistem di Sabah, kita mampu menjadi sebuah negeri yang membangun dengan masyarakat yang mampan,” jelasnya.

Musa berkata, dalam proses perubahan alam sekitar yang perlu banyak penyesuaia­n, kerajaan berjaya menghasilk­an beberapa amalanbaik­untukmemul­ihara sumber alam.

Sehubungan itu katanya, hasil berkenaan boleh dikongsika­n melalui bengkel itu serta dapat diaplikasi­kan di rantau Asia dan seluruh dunia.

Bengkel selama tiga hari itu dianjurkan oleh Sekrataria­t ‘Internatio­nal Partnershi­p for the Satoyama Initiative’ (Ipsi).

Pengarah Sekrataria­t Ipsi Naoya Tsukamoto berkata, bengkel itu bertujuan mengumpulk­an pakar-pakar dalam bidang berkaitan Inisiatif Satoyama dari seluruh Asia.

Menurutnya, ia juga mengaitkan bidang kepakaran inisiatif berskala global dalam mempromosi­kan pengurusan mampan aspek ‘socio-ecological production landscape and seascape’.

Kita berharap komuniti antarabang­sa menyedari komitmen ini dan sekaligus terus menyokong melalui pemberian dana untuk membantu usaha pemulihara­an di Sabah. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? TETAMU undangan serta penceramah jemputan turut bergambar bersama Teo (tengah) dan Naoya (dua kiri).
TETAMU undangan serta penceramah jemputan turut bergambar bersama Teo (tengah) dan Naoya (dua kiri).
 ??  ?? TEO (kanan) menerima cenderahat­i daripada Naoya (kiri) selepas perasmian bengkel itu.
TEO (kanan) menerima cenderahat­i daripada Naoya (kiri) selepas perasmian bengkel itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia