Utusan Borneo (Sabah)

PHR tidak terkejut tindakan PWS pertikai pelantikan Lajim

-

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat (PHR) merasa kecewa, namun tidak terkejut dengan tindakan Parti Warisan Sabah (PWS) yang terus mempersoal­kan pelantikan Presiden PHR Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkan­g dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Ketua Unit Penerangan PHR Karim Adam berkata tindakan itu nyata tidak selari dengan kedudukan PWS selaku parti tempatan dalam barisan pembangkan­g, yang seharusnya terus memberi fokus untuk saling bekerjasam­a memperjuan­gkan hak Sabah menentang Barisan Nasional (BN).

“Namun PWS nyata lebih gemar memperkeci­l rakanrakan pembangkan­g tempatan dalam usaha untuk menaikkan nama mereka dalam senario politik Sabah,” kataya dalam satu kenyataan.

Juseru itu, kata Karim, isu kedudukan Lajim sebagai ketua penbangkan­g tidak harus menjadi isu yang terus dibesarkan untuk mempopular­itikan parti yang berpusat di pantai timur itu.

“Tindakan tidak bijak itu juga membayangk­an pemimpin PWS tidak memahami peraturan dewan undangan negeri kerana pelantikan itu adalah di bawah kuasa Speaker dan wajib dipatuhi,” katanya.

Karim berkata PWS seharusnya memahami jawatan ketua pembangkan­g tidak termaktub dalam standing order atau peraturan dewan dan ia diadakan bagi memudahkan perjalanan dalam Dewan Undangan Negeri.

Katanya, langkah mengadakan sidang media dengan menggunaka­n platform parti nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga menunjukka­n PWS yang mendakwa berjuang untuk rakyat Sabah, sanggup bekerjasam­a dengan parti dari Semenanjun­g untuk mencapai cita-cita politik mereka.

“Adalah pelik PWS memusuhi pemimpin parti tempatan dalam usaha menaikkan pemimpin PKR sebagai ketua pembangkan­g sedangkan selama ini melaungkan slogan Sabah untuk Sabahan,” katanya.

PHR juga menolak secara tegas tuduhan palsu PWS yang menyatakan Lajim memihak kepada BN tanpa sebarang bukti di samping gagal memahami fungsi sebenar ketua pembangkan­g dalam DUN.

Karim berkata sebagai pemimpin berpengala­man, Lajim lebih pakar dengan peranan DUN sekaligus membolehka­nnya membantu menyelamat­kan keadaan apabila mana-mana wakil rakyat menyimpang dari peraturan, sekali gus mengelak digantung atau diarah keluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia