Utusan Borneo (Sabah)

Banyak perkongsia­n boleh dilakukan, tingkat prestasi atlet Sabah Sarawak

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyifatka­n lebih banyak perkongsia­n yang boleh dilakukan dengan Sarawak bagi meningkatk­an prestasi atlet negeri.

Katanya, perkongsia­n itu juga dilihat dapat membantu dalam pembanguna­n sukan di kedua-dua negeri berkenaan.

“Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak hebat dari segi sukan.

“Justeru itu, terdapat banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada mereka melalui hubungan pembanguna­n sukan antara negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Makan Malam Menteri Belia Sukan bersama rombongan Kementeria­n Belia Sukan dan Solidariti Sarawak di sini Isnin lalu.

Dalam pada itu, Tawfiq berkata, kunjungan itu juga dapat merapatkan hubungan silaturahi­m antara kedua-dua negeri.

“Di samping itu, ia juga dapat meningkatk­an kerjasama di antara kementeria­n saya dengan kementeria­n yang sama di Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, satu delegasi daripada Kementeria­n Belia Sukan dan Solidariti Sarawak telah membuat lawatan kerja di negeri ini.

Rombongan itu terdiri daripada 12 orang dan diketuai oleh Menteri Muda Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Karim berkata kunjungan itu bukan sahaja meningkatk­an kerjasama dan merapatkan silaturahi­m antara dua negeri berkenaan.

“Lawatan ini juga bertujuan melawat pelajar-pelajar Sarawak yang belajar di Sekolah Sukan Sabah.

“Kita mempunyai ramai pelajar yang menuntut di Sekolah Sukan Sabah dan kami hendak melihat pencapaian sekaligus memberi semangat kepada mereka agar dapat meningkatk­an prestasi sukan mereka.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri serta Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah khususnya, kerana telah menerima ramai pelajar dari Sarawak,” jelasnya.

Jelasnya, mereka akan melihat pencapaian pelajar berkenaan meningkat dan ke semua pelajar itu akan terlibat dalam Sukan Malaysia (Sukma) akan datang,” katanya.

 ??  ?? KARIM (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Tawfiq (tengah) selepas tamat majlis berkenaan.
KARIM (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Tawfiq (tengah) selepas tamat majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia