Utusan Borneo (Sabah)

Kopeks agih 15 peratus dividen

Bagi tahun kewangan 2015 berjumlah RM657,278 kepada anggota

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-pekerja Kerajaan Sabah (Kopeks) Berhad mengagikan 15 peratus dividen tahun kewangan 2015 berjumlah RM657,278 kepada anggotanya.

Pengerusi Kopeks Datuk Maznah Abd Ghani berkata ia adalah hasil daripada kejayaan mentadbir urus koperasi itu walaupun masih melalui proses pemulihan kewanganny­a.

“Walaupun melalui proses pemulihan kewangan tetapi dengan tadbir urus yang baik dan wang yang telah dilaburkan oleh anggota, kita berjaya menjalanka­n perniagaan serta aktiviti-aktiviti yang membawa pulangan lebih baik.

“Daripada itulah kita daKOTA pat mengagihka­n 15 peratus keuntungan atau dividen tahun kewangan 2015 yang berjumlah RM657,278 ke atas apa yang kita laburkan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pengagihan Dividen Kopeks dan Sesi Dialog Bersama Anggota di sini kelmarin.

Dalam dialog berkenaan, Maznah berkata ia adalah untuk memberi peluang kepada anggota Kopeks mengemukak­an cadangan penambahba­ikan koperasi itu.

Jelasnya, melalui cadangan-cadangan itu membolehka­n koperasi berkenaan untuk terus maju dan memperoleh keuntungan.

“Melalui cadangan ini juga, Kopeks telah menjalanka­n pelbagai perniagaan dan dapat membayar dividen kepada ahli sejak 2009 sehingga kini.

“Ini adalah satu pencapaian yang amat baik dan kita akan berusaha untuk meneruskan pembahagia­n dividen yang kita lihat semakin meningkat peratusann­ya setiap tahun,” jelasnya.

Tambahnya selain RM4.912 juta yang diberikan kepada ahli Kopeks sejak 2009 sehingga kini, koperasi berkenaan turut memberikan pelbagai kelebihan kepada anggotanya.

“Di samping itu kita juga telah memberikan kepada ahli elaun hadir mesyuarat agung berjumlah RM2.799 juta selama ini.

“Kita juga telah memberikan skim perlindung­an pinjaman kepada meraka yang telah meninggal dunia sebanyak RM2.369 juta.

“Tabung khairat kematian juga telah membayar sebanyak RM632,000, serta RM302,000 untuk insuran peribadi dan bayaran balik yuran kepada ahli-ahli yang bersara adalah RM14 juta sehingga kini dari tahun 2009,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merayu kepada anggota Kopeks untuk terus memberi sokongan terhadap koperasi berkenaan.

“Ini kerana, Kopeks juga berada pada tangga ke23 dalam Indeks Koperasi Terbaik Malaysia daripada 12,000 lebih koperasi dalam negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Negeri Sabah Umar Sarim Saidin menyifatka­n pengagihan dividen Kopeks itu menunjukka­n koperasi berkenaan mencatat keuntungan setiap tahun.

“Kerugian terkumpul pada 2009 melebihi RM24 juta dan pada hari ini berdasarka­n kepada tahun kewangan 2015, kerugian ini hanya tinggal kira-kira RM250,000 terkumpul.

“Dan ini yang menyebabka­n Kopeks dapat mengagihka­n dividen sebanyak lima peratus berdasarka­n saham, satu peratus yuran dan sembilan peratus sebagai sagu hati dari koperasi sendiri.

“Ini adalah atas ehsan kecemerlan­gan koperasi setiap tahun peroleh keuntungan, maka pihak koperasi diluluskan untuk memberikan dividen kepada anggotanya setiap tahun,” katanya.

Beliau berharap tahun kewangan 2016 Kopeks tidak lagi mencatatka­n kerugian terkumpul tetapi keuntungan terkumpul dan boleh memberi dividen mencecah 10 peratus ataupun lebih kepada anggotanya,” katanya.

Walaupun melalui proses pemulihan kewangan tetapi dengan tadbir urus yang baik dan wang yang telah dilaburkan oleh anggota, kita berjaya menjalanka­n perniagaan serta aktiviti-aktiviti yang membawa pulangan lebih baik. Daripada itulah kita dapat mengagihka­n 15 peratus keuntungan atau dividen tahun kewangan 2015 yang berjumlah RM657,278 ke atas apa yang kita laburkan itu. DATUK MAZNAH ABD GHANI Pengerusi Kopeks

 ??  ?? MAZNAH (dua kiri) menyampaik­an gimik dividen kepada salah seorang ahli Kopeks sambil disaksikan oleh Sarim (tiga kiri).
MAZNAH (dua kiri) menyampaik­an gimik dividen kepada salah seorang ahli Kopeks sambil disaksikan oleh Sarim (tiga kiri).
 ??  ?? ANTARA ahli Kopeks yang beratur untuk mendapatka­n agihan dividen.
ANTARA ahli Kopeks yang beratur untuk mendapatka­n agihan dividen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia