Utusan Borneo (Sabah)

Pendakwah Zakir Naik bertaraf penduduk tetap: TPM

-

PUTRAJAYA: Pendakwah antarabang­sa dari India, Dr Zakir Naik, bertaraf penduduk tetap di Malaysia dan bukannya warganegar­a, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penceramah itu tidak menetap di Malaysia sebaliknya tinggal di beberapa negara lain.

“Beliau (Zakir) mendapat status penduduk tetap pada lima tahun lepas, beliau bukan warganegar­a Malaysia,” katanya ketika ditanya pemberita sama ada Zakir adalah warganegar­a Malaysia.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Ekologi Manusia Antarabang­sa 2017 di sini hari ini.

Pada November tahun lepas (2016), Hindustan Times di India melaporkan bahawa Zakir telah diberi kerakyatan Malaysia namun perkara itu dinafikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mengulas laporan mengenai Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) yang dilaporkan memutuskan untuk mendapatka­n notis Interpol terhadap Zakir, Ahmad Zahid berkata Malaysia sedia memberi kerjasama penuh jika kerajaan India memohon Bantuan UndangUnda­ng Bersama (MLA) dalam siasatan terhadap Zakir.

MLA boleh diperolehi jika negara itu ada hubungan dan perjanjian dengan negara kita, katanya.

Ditanya sama ada Malaysia akan menyerahka­n Zakir kepada pihak India sekiranya pendakwah itu berada di Malaysia , Ahmad Zahid berkata, “ia bukan soal serah menyerah tetapi mengenai siasatan”.

“Kita ikut sistem undangunda­ng negara kita dan ikut kerangka diplomatik yang ada, kalau ada permohonan bagi MLA, kita akan beri kerjasama penuh,” katanya

Baru baru ini, Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) memutuskan untuk mendapatka­n notis Interpol terhadap Zakir bagi menghalang pergerakan­nya keluar dari Arab Saudi selepas beliau ingkar saman berulang kali terhadapny­a agar satu siasatan dibuat terhadapny­a.

Zakir didakwa menghasut golongan muda Islam untuk terbabit dalam keganasan dan menganjurk­an permusuhan antara masyarakat berasaskan agama dan kaum.

Bagaimanap­un, Zakir dalam satu persidanga­n di Kuala Lumpur pada Ahad lepas, dilaporkan berkata meminta kerajaan India mencarinya di Malaysia. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia