Utusan Borneo (Sabah)

AJK masjid diminta tingkat usaha tarik golongan muda dekati masjid

-

KOTA KINABALU: Ahli Jawatankua­sa (AJK) masjid diminta memperting­katkan usaha tarik minat golongan muda mendekati masjid dari semasa ke semasa.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata, langkah itu penting agar golongan berkenaan tidak tersasar kepada kegiatan yang tidak memberi manfaat.

“Misalnya kita ambil contoh melalui aktiviti kesukanan seperti pengayuhan basikal yang dilihat sebagai kaedah berkesan.

“Aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat melibatkan penyertaan golongan muda untuk beriadah, tetapi juga mampu merapatkan mereka dengan jemaah masjid,” katanya ketika merasmikan Karnival Ukhuwah Kayuhan Amal Masjid Jamek Kg. Likas, di sini baru-baru ini.

Selain itu, Jumat juga menyeru lapisan masyarakat agar memberi kerjasama kepada kerajaan sekiranya terdapat sebarang projek pembanguna­n yang dilaksanak­an di kawasan masingmasi­ng.

Katanya, ia membuktika­n bahawa kerajaan komited mahu melihat rakyat hidup dalam keadaan selesa dan sentiasa terbela.

Semasa karnival, Jumat turut mengumumka­n sejumlah peruntukan untuk membiayai kos membaik pulih beberapa kerosakan di masjid berkenaan .

Hampir 200 peserta mengambil bahagian dalam kayuhan yang bermula dari perkaranga­n Masjid Jamek Kampung Likas (MJKL) menuju Teluk Likas kemudian berpatah semula ke masjid.

Kayuhan kira kira 10 kilometer itu diketuai oleh Jumat sendiri bersama Pengerusi MJKL Datuk Seruji Nawawi, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Jamal Tun Haji Sakaran dan Pengerusi Penganjur Awwal Taam.

 ??  ?? JUMAT bersama peserta bersedia untuk memulakan kayuhan.
JUMAT bersama peserta bersedia untuk memulakan kayuhan.
 ??  ?? PESERTA merakam gambar kenangan sebelum memulakan kayuhan amal.
PESERTA merakam gambar kenangan sebelum memulakan kayuhan amal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia