Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ketahui nasib 12 Mei

Atas kesalahan melindungi dua imigran haram

-

“Barnabas

sebagai pemilik kenderaan, dituduh melakukan kesalahan itu pada 20 September tahun lalu di pos kawalan Imigresen Sindumin, di daerah Sipitang.

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, akan menyampaik­an keputusann­ya pada 12 Mei depan, terhadap seorang lelaki yang didakwa melindungi dua lelaki imigran haram.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Barnabas Upai, 50, selepas kes berkenaan di peringkat akhir pendakwaan.

Tertuduh akan mengetahui nasibnya pada tarikh itu, sama ada dipanggil membela diri atas pertuduhan itu atau sebaliknya.

Barnabas sebagai pemilik kenderaan, dituduh melakukan kesalahan itu pada 20 September tahun lalu di pos kawalan Imigresen Sindumin, di daerah Sipitang.

Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 56 (1) (bb) akta sama, boleh didenda antara RM10,000 hingga RM50,00 untuk setiap imigran haram.

Sepanjang perbicaraa­n, lima saksi dipanggil untuk memberikan keterangan terhadap tertuduh yang diwakili peguam Henry Gudid.

Tertuduh mula didakwa pada 11 November tahun lalu dan mengaku tidak bersalah.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapaka­n pada hari ini sebagai sebutan semula kes terhadap dua pengusaha restoran yang didakwa atas pertuduhan mengambil 20 pekerja imigran haram.

Mahkamah membuat keputusan itu terhadap Shaniah Malip, 40, dan Tan Yuan Hoo, 50, sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwara­ya mengenai status kes berkenaan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Juachim Abel Majanin dari Jabatan Imigresen memberitah­u bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh ditawarkan kompaun dan sudah membayar sebanyak RM120,000 pada 13 April lalu.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, Shaniah dan Tan sudah membuat rayuan di pejabat peguam dan ditawarkan kompaun sebanyak RM80,000, dibayar pada tarikh sama.

Oleh itu, beliau memohon satu tarikh baharu untuk sebutan kes sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwara­ya.

Kedua-dua tertuduh mula didakwa pada 17 Mac lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Mereka sebagai pengusaha makanan Welcome Seafood Restaurant, didakwa mengambil 12 pekerja imigran haram, terdiri dua wanita dan sepuluh lelaki berusia antara 18 hingga 32 tahun.

Kesalahan itu didapati dilakukan pada 29 Disember tahun lalu jam 10.50 malam, di Kompleks Asia City, di sini.

Pada hari dan di tempat sama, Saniah dan Tan sekali lagi didapati mengupah lapan pekerja imigran haram lelaki berusia antara 18 hingga 26 tahun.

Untuk dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara 12 bulan, atau dengan kedua-duanya sekali untuk setiap imigran haram.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n mereka diikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan, untuk setiap pertuduhan.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia