Utusan Borneo (Sabah)

Jalan Bantayan Damat sudah dibuka

Kerosakan segera dibaiki JKR Tuaran selepas mendapat aduan awam

-

“Kita mendapati paip air yang pecah menyebabka­n keruntuhan tanah pada separuh bahagian jalan berkenaan. ADZIZAH @ SUZIANAH AKUL Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran

TUARAN: Kilometer 0.50 Jalan Bantayan Damat Sawah yang ditutup sejak jam 8.30 malam Isnin lalu berikutan kejadian tanah runtuh, sudah boleh dilalui oleh kenderaan kecil sejak 11.30 malam hari sama.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran Adzizah @ Suzianah Akul berkata sebaik dimaklumka­n kejadian kira-kira jam 8.30 malam pihaknya segera menggerakk­an anggota ke lokasi bagi memantau kejadian.

“Kita mendapati paip air yang pecah menyebabka­n keruntuhan tanah pada separuh bahagian jalan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menunggu pihak Jabatan Air Negeri Sabah membaiki paip air yang pecah di jalan berkenaan sebelum operasi pembaikan jalan dilaksanak­an.

“Sebaik menjalanka­n sedikit penambahba­ikan, Jalan Bantayan Damat Sawah sudah boleh dilalui menggunaka­n satu lorong dengan menyediaka­n anggota yang memantau lalu lintas jalan.

“Keadaan jalan yang belum dibaiki sepenuhnya bagaimanap­un hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan sahaja dan kenderaan berat boleh melalui laluan altenatif di Kampung Rambai dan Kampung Mengkalado­i,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, jalan utama menuju Kota Kinabalu ke Kudat di Kilometer 35.85 turut terjejas berikutan kabel serta tiang telekom yang tumbang di atas jalan berkenaan.

“Bagi laluan Kota Kinabalu ke Kudat sudah boleh dilalui sebaik kabel Telekom dialihkan dari jalan berkenaan,” katanya dihubungi kelmarin.

Beliau berkata pihaknya masih menjalanka­n pemantauan selama 24 jam di lokasi kejadian bagi mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohd Asnan Led berkata pihaknya turut menjalanka­n pemantauan di lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan jam 8.31 malam Isnin lalu.

“Enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan sebaik memastikan tiada sebarang kejadian membahayak­an kita menamatkan operasi pemantauan jam 9.10 malam dan kini anggota sedang bersiap sedia bagi sebarang kemungkina­n,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN separuh jalan yang runtuh akibat kerosakan paip di Jalan Bantayan Damat Sawah di kilometer 0.50 di sini.
KEADAAN separuh jalan yang runtuh akibat kerosakan paip di Jalan Bantayan Damat Sawah di kilometer 0.50 di sini.
 ??  ?? ANGGOTA JKR memantau keadaan lokasi kejadian selama 24 jam.
ANGGOTA JKR memantau keadaan lokasi kejadian selama 24 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia