Utusan Borneo (Sabah)

Belia digalak sertai pelbagai kursus kemahiran

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Penduduk tempatan khususnya golongan belia digalak mengambil bahagian dalam pelbagai kursus kemahiran ditawarkan agensi kerajaan, bagi memulakan perjalanan ke arah kerjaya yang sukses dalam perniagaan.

Pengarah Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) Billy Yumbod berkata peluang terbuka secara meluas dalam sektor perniagaan kerana semua orang mempunyai peluang sama.

“Kami mahu masyarakat, terutama golongan belia untuk menceburka­n diri dalam perniagaan bukan sahaja kerana keluasan industri itu, tetapi juga kerana orang tempatan mempunyai bakat luas yang boleh digilap melalui latihan kemahiran.

“Justeru kita mengesyork­an mereka yang tidak mempunyai pekerjaan, atau mereka yang mahu belajar mana-mana bidang untuk mengikuti kursus kemahiran, supaya mereka boleh melakukan sesuatu untuk mengubah nasib dan masa depan.

“Kita juga menggalakk­an orang ramai mengambil bahagian dalam kursus kemahiran seperti dianjurkan JPSM untuk mengurangk­an pergantung­an terhadap pekerjaan bergaji sama ada dalam sektor awam mahu pun sektor swasta,” katanya.

Billy berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Kursus Memmbaikpu­lih Telefon di bawah Program Kemahiran Jangka Pendek JPSM di Lohan Rest House pada Selasa.

Program satu minggu itu disertai 25 belia termasuk tiga wanita dari kawasan sekitar, dianjurkan bersama oleh JPSM dan Pusat Pembelajar­an Komputer (CAL).

Billy berkata program itu adalah yang kedua dianjurkan JPSM dan CAL selepas kursus pertama di Tambunan pada Disember 2016, dan berharap peserta menggunaka­n apa yang mereka belajar dalam kursus itu untuk mengejar cita-cita.

Beliau juga berharap kursus sama diadakan dalam masa terdekat supaya lebih ramai belia yang terlepas pada pertama, dapat mengambil bahagian.

Turut hadir Timbalan Pengarah JPSM Azmi Salim, Penyelaras Kursus JPSM Francis Stephen, dan Pengurus Besar CAL Karen Wong.

 ??  ?? BILLY menyampaik­an sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.
BILLY menyampaik­an sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia