Utusan Borneo (Sabah)

Kor Suksis diberi keutamaan dalam pengambila­n inspektor polis

-

KOTA KINABALU: Keutamaan pengambila­n inspektor polis akan diberikan kepada pelatih Kor Sukarelawa­n Polis Siswa Siswi (Suksis) berdasarka­n kemahiran yang diperolehi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Suksis lebih berkualiti dan lebih menghayati aspirasi PolisDiraj­aMalaysia(PDRM) dalam menghadapi cabarancab­aran masa kini dan pada masa hadapan.

“Kitaakanme­ngadakansa­tu program khas untuk merekrut calon-calon inspektor dalam kalangan warga Suksis ini.

“Ia telah kita laksanakan sekali dan didapati berjaya, oleh itu kita akan meneruskan program khas berkenaan,” katanya ketika merasmikan Bangunan Suksis UMS di sini, pada Isnin.

Khalid turut mengucapka­n syabas dan tahniah kepada UMS atas pembinaan bangunan Suksis yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keperluan para pelatih Suksis.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah dalam ucapannya berkata, penubuhan Kor Suksis pada 9 Julai 2004 antara lain bertujuan sebagai sebuah badan yang menjalanka­n aktiviti kepolisan, memperkena­lkan profesion kepolisan yang menjanjika­n kerjaya menarik dan mencabar di samping memberikan pendedahan berkenaan bidang undang-undang dan penguatkua­saan.

“Selain itu, ia bagi menerapkan nilai disiplin kepolisan yang tinggi, mewujudkan kesedaran sivik dan sikap tanggungja­wab terhadap agama, bangsa, dan negara serta membentuk kekuatan fizikal dan mental, sekali gus personalit­i yang cemerlang,” katanya.

Hadir sama Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Pegawai-pegawai Utama UMS. Sehingga kini, seramai 650 pelatih Kor Suksis UMS telah ditauliahk­an.

 ??  ?? KHALID menandatan­gani plak sebagai satu lagi simbolik perasmian bangunan Suksis UMS. Turut kelihatan Ramli.
KHALID menandatan­gani plak sebagai satu lagi simbolik perasmian bangunan Suksis UMS. Turut kelihatan Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia