Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan Hutan Simpan Babanga, Membelua jadi tanah perkuburan baharu

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Kawasan Hutan Simpan Babanga, Membelua sini akan dicadangka­n untuk dijadikan tanah perkuburan Islam yang baharu.

Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata kawasan tanah perkuburan berkenaan dianggap sesuai dan akan menjadi kegunaan penduduk Islam di kawasan Parlimen Tawau.

“Bagaimanap­un, kita masih di peringkat permohonan dan rayuan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa haji Aman,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan membentuk sebuah jawatankua­sa tanah perkuburan yang akan dipengerus­ikanolehPr­esiden MPT.

Beliau berkata demikian semasa membuat lawatan ke kawasan cadangan tapak berkenaan bersama wakil Jabatan Perhutanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

Turut hadir Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang mewakili Ketua Menteri Sabah dan Presiden MPT Alijus Sipil.

Tawfiq yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah menambah, cadangan tapak tanah perkuburan yang baru berkenaan adalah bagi mengatasi masalah tanah perkuburan yang amat padat dan sesak di daerah ini.

“Di harapkan dengan adanya tanah perkuburan Islam yang baru ini dapat mengatasi masalah tanah perkuburan Islam Islamiah yang begitu padat pada masa ini, jelasnya.

Sebelum ini katanya, kerajaan telah meluluskan tanah perkuburan Islam di Parlimen Kalabakan berkeluasa­n 50 ekar ke atas yang terletak di kawasan Kampung Kijang, Merotai Besar.

 ??  ?? TAWFIQ semasa diberi penerangan oleh Alijus sambil disaksikan oleh Nizam.
TAWFIQ semasa diberi penerangan oleh Alijus sambil disaksikan oleh Nizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia