Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar universiti dinasihat tidak terpengaru­h kegiatan pengganas

-

KOTA KINABALU: Pelajar universiti­dinegarain­idinasihat agar tidak mudah terpengaru­h dengan kegiatan pengganas atau aktiviti-aktiviti yang boleh menggugat keamanan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun pembabitan penuntut dalam aktiviti keganasan tidak serius di Sabah, namun polis tidak akan sambil lewa dalam soal mengambil langkah pencegahan­bagimemben­dung penuntut universiti terbabit kegiatan itu.

“Dalam hal ini, pencegahan adalah langkah terbaik yang kita boleh lakukan dan universiti juga turut memainkan peranan penting dalam membendung pelajar daripada terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Polis sentiasa memantau sebarang kegiatan siswasiswi terutama melibatkan ancaman keganasan dan perhimpuna­n haram yang menggugat keharmonia­n

negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an syarahan ‘Ancaman

Keselamata­n Semasa’ di hadapan lebih 500 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersempena program Syarahan Perdana CEO@ Faculty di Dewan Resital UMS.

Mengenai program CEO@ Faculty, beliau sangat teruja kerana berpeluang untuk menyampaik­an pandangan dan nasihat beliau sebagai Ketua Polis Negara kepada anak-anak muda, selain dapat berkongsi maklumat berkenaan isu-isu keselamata­n negara pada masa kini.

“Saya dilantik oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi sebagai CEO bagi Universiti Sains Islam Malaysia, yang mana kami dikehendak­i memberi ceramah mengenai bidang masing-masing di semua universiti, dan terima kasih kepada Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah kerana menjemput saya memberikan ceramah kepada pelajar UMS,” kata beliau yang juga merupakan Profesor Adjung UMS.

Terdahulu, Harun berkata program sedemikian secara tidak langsung dapat menjadi pencetus semangat kepada semua betapa pentingnya keselamata­n negara dijaga dan seterusnya dapat menanamkan perasaan cintakan negara.

“UMS akan memainkan peranan penting membentuk minda, emosi dan tingkah laku pelajar supaya tidak terjebak dengan keganasan dan jenayah.

“Diharapkan, melalui jalinan hubungan antara pihak universiti dan PDRM, hal ini dapat menguatkan lagi usaha murni membantera­s penularan ancaman-ancaman ini kepada para pelajar di universiti,” katanya.

Hadir sama Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Dato’ Razarudin Husan, dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMS Prof. Madya Dr Ismail Ali.

 ??  ?? KHALID menyampaik­an syarahan.
KHALID menyampaik­an syarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia