Utusan Borneo (Sabah)

Rintihan penduduk Kg Kandawayon

Mohon kerajaan naik taraf jalan raya dan bina pondok perhentian kenderaan

-

RANAU: Penduduk Kg. Kandawayon, kira-kira lapan kilometer dari pekan ini, memohon kerajaan supaya menaik taraf jalan raya menuju ke kampung itu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kandawayon berikutan tahap kerosakan yang semakin teruk.

Kerosakan jalan berkenaan dipercayai berpunca sistem perparitan yang tidak sempurna.

Selain kerosakan jalan raya, terdapat dua perhentian kenderaan terletak berhampira­n sekolah kini semakinuzu­rdanmengal­ami kerosakan teruk berikutan gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015. Sejak itu, pondok berkenaan belum diperbaiki.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Cawangan Kg. Kandawayon, Jusipah Sing, 56, merayu pihak berwajib menaik taraf jalan raya dan membina dua perhentian kenderaan baharu demi untuk keselesaan penduduk, terutama murid sekolah.

“Saya mewakili penduduk merayu supaya jalan raya ini dinaik taraf dengan kadar segera dan membina dua pondok perhentian kenderaan baharu demi keselesaan kami terutama murid-murid sekolah. “Pondok perhentian kenderaan baharu yang lebih selesa dan selamat penting sebagai tempat murid bersama ibu bapa berteduh ketika hujan,” katanya. Pondok perhentian kenderaan yang ada ketika ini merupakan inisiatif Jusipah mengumpul atap zink terpakai yang kemudian disusun sebagai atap pondok, dan perlu diganti segera.

Menurut Jusipah, terdapat beberapa tiang elektrik dan tiang telefon sepanjang laluan ke kampung itu juga sudah mula condong akibat hakisan tanah. Ia amat berbahaya kepada orang ramai.

Saya mewakili penduduk merayu supaya jalan raya ini dinaikt araf dengan kadar segera dan membina dua pondok perhentian kenderaan baharu demi keselesaan kami terutama murid-murid sekolah. JUSIPAH SING Ketua Pergerakan Wanita Umno Cawangan Kg. Kandawayon

 ??  ?? BEGINILAH keadaan jalanraya yang rosak itu. PONDOK usang perlu pembinaan baru.
BEGINILAH keadaan jalanraya yang rosak itu. PONDOK usang perlu pembinaan baru.
 ??  ??
 ??  ?? SEBUAH pondok perhentian kenderaan yang tidak pernah dibaiki selepas gempa bumi.
SEBUAH pondok perhentian kenderaan yang tidak pernah dibaiki selepas gempa bumi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia