Utusan Borneo (Sabah)

Operasi SAR lelaki hanyut diperluas ke Kuala Sungai Linggi

-

SEREMBAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki, R. Sri Durai, 48, yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan terperangk­ap dalam banjir kilat di Jalan Sungai Gadut-Rantau Sabtu lepas, diperluas sehingga ke Kuala Sungai Linggi kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata operasi SAR kini tertumpu di Sungai Linggi sehingga ke Kuala Sungai Linggi.

“Operasi itu memasuki hari keempat, bermula dari 9 pagi dan pencarian diperluas sehingga 40km dari lokasi mangsa terperangk­ap. Selain unit anjing pengesan K9, kita juga menggunaka­n dua bot iaitu masing-masing daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Katanya, operasi pencarian meliputi kawasan Pengkalan Kempas sehingga ke Kuala Sungai Linggi melalui darat dan air (sungai) serta melibatkan kekuatan kira-kira 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Teluk Kemang dan pasukan khas Storm (Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia).

Dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa yang memandu kereta Proton Saga FLX terperangk­ap di dalam keretanya selepas kenderaan itu dihanyutka­n arus deras ke Sungai Simen ketika hujan lebat, manakala rakannya, M. Siva Ganes, 35, berjaya menyelamat­kan diri.

Kereta mangsa bagaimanap­un telah ditemukan di Sungai Simen, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, iaitu di Ladang Kombok pada pukul 11.38 malam , Sabtu lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia