Utusan Borneo (Sabah)

Reman pemimpin muda PKR disambung

Untuk bantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa

-

PUTRAJAYA: Tempoh reman terhadap seorang pemimpin muda PKR Selangor dilanjutka­n empat hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubungd­akwaankeka­yaan luar biasa dimilikiny­a.

Perintah reman itu dikeluarka­n oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman sehingga 22 April ini selepas permohonan lanjutan itu dikemukaka­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini kelmarin.

Lelaki bergelar ‘Datuk’ berusia 28 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.18 pagi kelmarin oleh pegawai SPRM dan dilihat memakai baju lokap berwarna jingga dengan kedua-dua tangannya bergari selepas tempoh reman lima hari sejak Jumaat lepas berakhir kelmarin.

Pemimpin muda PKR itu ditahan semasa hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada 13 April lepas bagi memberi keterangan berhubung siasatan kekayaan luar biasa yang dimilikiny­a.

Lelaki tersebut menjadi tumpuan selepas media melaporkan kemewahan luar biasa termasuk ng didakwa memiliki banglo bernilai jutaan Ringgit dan beberapa kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR.

Susulan itu, Ketua UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia