Utusan Borneo (Sabah)

SMKKM catat prestasi cemerlang

20 pelajar direkodkan memperoleh­i 5A pada 2016

-

KOTA MARUDU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu (KM) mencatatka­n prestasi cemerlang peringkat daerah sepanjang tahun 2016 apabila 20 pelajar direkodkan memperoleh­i 5A dalam peperiksaa­n PT3 selain mencatatka­n pencapaian GPS tertinggi berbanding dengan sekolah lain di daerah ini dengan catatan GPS 5.53 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Rekod terbabit turut menunjukka­n dua pelajar memperoleh­i 9A ikuti dengan 21 pelajar memperoleh­i sekurang-kurangnya5­Adalam peperiksaa­n berkenaan selain merekodkan peningkata­n berbanding tahun lepas dengan GPS tertinggi iaitu 2.69.

Pengetua SMK Kota Marudu Faridah Raimin berkata 41 pelajar memperoleh­i sekurangku­rangnya 3.00 CGPA dan seorang calon Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) mendapat CGPA 4.00 dan dinobatkan salah seorang pelajar terbaik STPM peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha semua guru SMK Kota Marudu yang sanggup mengajar dan memberi bimbingan akademik di luar waktu persekolah­an wajib terutamany­a mengadakan kelas tambahan pada waktu petang , hujung minggu dan waktu cuti persekolah­an.

“Semuanya adalah untuk memastikan pelajar memperoleh­i keputusan yang baik dalam peperiksaa­n dan boleh memberi peluang untuk mecipta masa depan yang cemerlang,” katanya semasa ucapan alu-aluan semasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar SMKKM (HAKS) 13 April lalu.

Tambahnya pelbagai anugerah dan penghargaa­n diberikan merangkumi pelbagai bidang dan aspek terutamany­a pencapaian kurikulum pelbagai peringkat, ko kurikulum, hal ehwal pelajar dan sumbangan komuniti luar terhadap sekolah.

“Kita juga mewujudkan anugerah baharu tahun ini iaitu Sijil Anugerah Pengurusan Kualiti untuk guru-guru yang melaksanak­an tugas yang di amanahkan dengan cemerlang samada dalam bidang kurikulum, hal ehwal pelajar mahupun ko kurikulum.

“Dua tokoh kokurikulu­m diberikan kepada Eric Jumilin dan Serena Junius selepas menunjukka­n pencapaian baik dalam acara sukan, unit beruniform serta kelab dan persatuan ke peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan selain mempunyai prestasi yang baik dalam bidang akademik dan sahsiah,” katanya.

Katanya Tokoh Pelajar Arus Perdana dinobatkan kepada Boyde Freddie Juhanes dan Suesherra Agnesia Manakala bagi Tokoh Pelajar (Tingkatan 6) diberikan kepada JG Andersone Jinod dan GL Fionalista Jermin.

“Anugerah Tokoh juga diberikan kepada ibu bapa yang telah mempunyai kehidupan sederhana dan mempunyai anak yang berjaya dalam bidang akademik sehingga ke peringkat yang tinggi. Untuk tahun ini Tokoh Ibubapa di berikan kepada Inggiu Langkasap, yang juga kakitangan Majlis Daerah Kota Marudu.

“Tokoh Jasamu Di Kenang di berikan kepada Lim Su Yin @ Aloysius yang mengajar di sekolah ini sejak 1977 sehingga 2009,” katanya.

Tambahnya Anugerah Khas Pengetua diberikan kepada Afenyee Inggiu, iaitu pelajar cemerlang STPM 2016 dengan pencapaian gred purata tertinggi iaitu 4.00.

Sementara itu Pegawai PelajaranD­aerahKotaM­arudu Akdan @ Datu Akdan Datu Basren @ Datu Basran semasa merasmikan majlis berkata bersesuaia­n dengan tema majlis HAKS SMKKM tahun ini iaitu Ilmu Penjana Generasi Gemilang, pentingnya pelajar memperting­katkan penguasaan ilmu dalam pelbagai aspek supaya generasi masa depan negara kita akan cemerlang dan gemilang dengan pencapaian bertaraf anataraban­gsa.

Tambahnya ilmu juga membantu manusia mengembang­kan inovasi dan kreativiti sehingga mampu mencipta sesuatu yang baharu untuk kegunaan dan kebaikan orang lain.

Kejayaan ini adalah hasil usaha semua guru SMK Kota Marudu yang sanggup mengajar dan memberi bimbingan akademik di luar waktu persekolah­an wajib terutamany­a mengadakan kelas tambahan pada waktu petang , hujung minggu dan waktu cuti persekolah­an. FARIDAH RAIMIN Pengetua SMK Kota Marudu

 ??  ?? AKDAN (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Faridah (kanan) dan tokoh ibu bapa serta pelajar terbaik STPM Afenye Inggiu.
AKDAN (kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Faridah (kanan) dan tokoh ibu bapa serta pelajar terbaik STPM Afenye Inggiu.
 ??  ?? AKDAN semasa merasmikan majlis.
AKDAN semasa merasmikan majlis.
 ??  ?? AKDAM menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada tokoh pelajar lelaki arus perdana.
AKDAM menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada tokoh pelajar lelaki arus perdana.
 ??  ?? LISA menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pelajar terbaik SPM.
LISA menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pelajar terbaik SPM.
 ??  ?? TOKOH Jasamu Di Kenang diberikan kepada Lim Su Yin yang mengajar di sekolah ini sejak 1977 sehingga 2009.
TOKOH Jasamu Di Kenang diberikan kepada Lim Su Yin yang mengajar di sekolah ini sejak 1977 sehingga 2009.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia