Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Vokasional juara Kejohanan Hoki Lelaki Bawah 18 Tahun

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kolej Vokasional Sandakan menjuarai Kejohanan Hoki MSSB Sandakan Lelaki Bawah 18 Tahun diikuti SMK Pamol di tempat kedua dan SMk Agama/ SMK Merpati di tempat ketiga (bersama), yang berlangsun­gdiSMKTama­n Fajar selaku penganjur kejohanan, baru-baru ini.

Bagi kategori perempuan Bawah 18 Tahun, johan dimenangi SMK Telupid, naib johan SMK Libaran dan SMK Elopura/SMK Merpati di tempat ketiga (bersama).

Sementara itu, bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun, johan dimenangi SK Pamol dan diikuti SK Sg Anib 1 di tempat kedua dan SK Sung Siew/SK Kinabatang­an di tempat ketiga (bersama).

Bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun, johan SK Sg Manila, naib johan SK Kem Tentera dan SK Sri Tanjung Papat 1 di tempat ketiga.

Sebanyak 17 buah sekolah menengah dari sekitar Sandakan menghantar penyertaan pasukan hoki MSSB Sandakan pada kali ini manakala sekolah rendah sebanyak sembilan buah.

Sekolah menengah yang terlibat ialah Kolej Vokasional Sandakan, SMK Merpati, SMK Elopura, SMK Elopura 2, SMK Agama Tun Juhar, SM Sung Siew, SMK Sandakan, SMK Sandakan 2, MRSM, SMK Muhibbah, SMK Taman Fajar, SMK Pamol, SM St Michael, SMK St. Cecilia, SMK Telupid, SMK Libaran dan SMJK Tiong Hua.

Manakala sekolah rendah ialah SK Kinabatang­an, SK Pamol, SK Sri Tg Papat 1, SK Sg Manila, SK Kem Tentera, SRK Sung Siew, SK Gas, SK Merpati dan SK Sg Anib 1.

Perasmian penutupan kejohanan disempurna­kan oleh Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan Ahmad Yusof Mohamad yang turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Para pemenang Kejohanan Hoki MSSB Sandakan akan mewakili Bahagian Sandakan ke peringkat negeri yang diadakan pada bulan Julai di Tawau.

 ??  ?? PASUKAN hoki Kolej Vokasional (barisan belakang)danSMKPamo­l (barisanbaw­ah)merakam gambar bersama.
PASUKAN hoki Kolej Vokasional (barisan belakang)danSMKPamo­l (barisanbaw­ah)merakam gambar bersama.
 ??  ?? JOHAN Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun SK Pamol. Turut kelihatan, jurulatih Daus Sultan (berdiri, kiri), guru pengiring Berry T. Marcos (berdiri, empat kanan) dan Guru Besar SK Pamol Gabriel Sundang (berdiri, kanan).
JOHAN Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun SK Pamol. Turut kelihatan, jurulatih Daus Sultan (berdiri, kiri), guru pengiring Berry T. Marcos (berdiri, empat kanan) dan Guru Besar SK Pamol Gabriel Sundang (berdiri, kanan).
 ??  ?? ANTARA tetamu kehormat yang hadir pada majlis perasmian penutup, Ahmad Yusof (duduk, tengah) dan Pengetua SMK Taman Fajar Munah Nasri (duduk, dua kanan).
ANTARA tetamu kehormat yang hadir pada majlis perasmian penutup, Ahmad Yusof (duduk, tengah) dan Pengetua SMK Taman Fajar Munah Nasri (duduk, dua kanan).
 ??  ?? SALAH seorang pemain melakukan penalti shoot-out pada perlawanan Kategori Lelaki Bawah 18 tahun (Akhir) antara SMK Pamol dan Kolej Vokasional Sandakan.
SALAH seorang pemain melakukan penalti shoot-out pada perlawanan Kategori Lelaki Bawah 18 tahun (Akhir) antara SMK Pamol dan Kolej Vokasional Sandakan.
 ??  ?? JUARA Lelaki Bawah 18 Tahun Kolej Vokasional Sandakan.
JUARA Lelaki Bawah 18 Tahun Kolej Vokasional Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia