Utusan Borneo (Sabah)

Meraih penyatuan, mencorak masa depan

Lebih 3000 belia raih penyatuan dalam Colorful Fun Run Lahad Datu 2017

-

LAHAD DATU: Mendepani cabaran Transforma­si Nasional 2050 (TN50), adalah wajar belia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan taraf sosial digabungka­n bagi meraih penyatuan dan persefaham­an dalam mencorak masa depan negara pada 30 tahun akan datang.

Lebih 3,000 masyarakat terutamabe­liamenunju­kkan simbolik kepada penyatuan ummah dalam Program

Colorful Fun Run Lahad Datu 2017 yang julungjulu­ng kali diadakan di daerah ini.

Program itu disempurna­kan perasmiann­ya oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Malaysia, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, di mana beliau turut bersama-sama peserta berlari sejauh 4.7KM di sekitar bandar Lahad Datu.

Nasrun berkata program itu berjaya mencapai objektifny­a kerana merekodkan lebih 3,000 penyertaan meliputi 27 etnik bangsa dalam kawasan daerah di bawah Parlimen Silam anjuran jentera Belia Pusat Khidmat Parlimen Silam.

“Program ini juga telah berjaya menyatukan belia untuk melakukan simbolik ikrar dalam mencorak pembanguna­n Parlimen Silam atas nilai jati diri anak tempatan. Simbolik ini direkodkan dengan meletakkan Cop Tangan 5 jari bagi TN50 di kain rentang Colorful Fun Run Lahad Datu 2017,” katanya. Tambah Nasrun, dengan adanya simbolik seperti itu bermakna program berkenaan berjaya mendidik anak tempatan untuk bangun bersama berikrar mencorak pembanguna­n di Parlimen Silam.

Di samping itu, Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam mahukan anak tempatan mempunyai nilai tanggungja­wab yang besar dalam membantu meningkatk­an pembanguna­n dan taraf sosial rakyat di Parlimen Silam.

Sepanjang larian ceria itu, peserta telah dihiburkan dengan lagu-lagu patriotik dan diakhiri dengan balingan serbuk warnawarni dimana Nasrun yang begitu ‘sporting’ turut tidak terkecuali dibaling dengan serbuk berkenaan.

Program ini juga telah berjaya menyatukan belia untuk melakukan simbolik ikrar dalam mencorak pembanguna­n Parlimen Silam atas nilai jati diri anak tempatan. Simbolik ini direkodkan dengan meletakkan Cop Tangan 5 jari bagi TN50 di kain rentang Colorful Fun Run Lahad Datu 2017 DATUK DATU NASRUN DATU MANSUR Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Malaysia,

 ??  ?? NASRUN bersama peserta memanaskan badan dengan senamrobik sebelum memulakan larian .
NASRUN bersama peserta memanaskan badan dengan senamrobik sebelum memulakan larian .
 ??  ??
 ??  ?? NASRUN (tengah) bergambar kenangan bersama jentera Belia Parlimen Silam.
NASRUN (tengah) bergambar kenangan bersama jentera Belia Parlimen Silam.
 ??  ?? NASRUN bersama-sama peserta lain ketika berlari.
NASRUN bersama-sama peserta lain ketika berlari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia