Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran hartanah turun 11.5% pada 2016

Bilangan rumah yang baharu dilancarka­n merosot kepada hampir 53,000 unit

-

“Sub-sektor

kediaman terus memacu keseluruha­n pasaran dengan menyumbang 63.4 peratus dari segi kuantiti dan 45.1 peratus dari segi nilai manakala rumah mampu milik terus mendapat permintaan dengan lebih daripada 65.0 peratus urus niaga kediaman dicatatkan bagi hartanah berharga dalam lingkungan RM300,000 dan ke bawah. Kenyataan Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta

KAJANG: Pasaran hartanah mencatatka­n sebanyak 320,000 urus niaga bernilai RM145.41 bilion, pada 2016, penurunan 11.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta dalam satu kenyataan semalam berkata, sub-sektor kediaman terus memacu keseluruha­n pasaran dengan menyumbang 63.4 peratus dari segi kuantiti dan 45.1 peratus dari segi nilai manakala rumah mampu milik terus mendapat permintaan dengan lebih daripada 65.0 peratus urus niaga kediaman dicatatkan bagi hartanah berharga dalam lingkungan RM300,000 dan ke bawah.

Oleh kerana pasaran terus lemah, bilangan rumah yang baharu dilancarka­n merosot kepada hampir 53,000 unit, turun sebanyak 9.8 peratus, berbanding lebih 58,000 unit pada 2015, kata jabatan itu.

Sementara itu, prestasi jualan juga rendah pada 31.4 peratus berbanding 42.1 peratus pada 2015.

Pembelian perlahan dalam pasaran juga menyebabka­n peningkata­n lebihan, kata jabatan itu, sambil menambah jumlah lebihan meningkat kepada 14,792 unit, bernilai RM8.56 bilion, naik 43.8 peratus, dari segi kuantiti dan 70.7 peratus dalam nilai berbanding 2015.

“Ingin saya tegaskan bahawa ini adalah satu isiu penting yang perlu ditangani oleh semua pihak, terutamany­a pihak berkuasa tempatan dan pemaju hartanah.

“Kedua-dua pihak perlu melakukan kajian daya maju sebelum mencapai sesuatu keputusan pembanguna­n untuk mengelakka­n situasi lebihan bekalan,” Ketua Pengarahny­a Dr Rahah Ismail dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

Dalam sektor pejabat dan runcit, kekosongan terus meningkat dengan kedua-dua Kuala Lumpur dan Selangor mencatatka­n 2.74 juta meter persegi ruang pejabat kosong, peningkata­n 16 peratus berbanding 2015.

Ruang runcit kosong juga meningkat kepada 2.7 juta meter persegi, naik 11.9 peratus, berbanding 2015.

Mengenai prospek masa depan, Rahah berkata pasaran hartanah dijangka kekal sederhana dalam tempoh dua tahun akan datang, disokong oleh pelbagai insentif berkaitan hartanah dan dasar monertari akomodatif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia