Utusan Borneo (Sabah)

Eksport kayu M’sia pada 2017 meningkat 5%

-

KUALA LUMPUR: Eksport kayu Malaysia dijangkaka­n meningkat lima peratus tahun ini berbanding RM21.86 bilion pada 2016, disokong oleh permintaan daripada India, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Beliau berkata, nilai eksport kayu bergergaji, papan lapis serta papan gentian ketumpatan sederhana ke India mencatat peningkata­n lebih 25 peratus tahun ini berbanding 2015.

“Ini mendorong pembukaan pejabat Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) di Bangalore, bandar di selatan India.

“Pejabat itu yang dijangkaka­n mula beroperasi pada Jun ini, akan memainkan peranan utama dalam memudahkan dan meningkatk­an lagi eksport kayu dan produk kayu Malaysia ke India,” kata Datu Nasrun kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemasaran MTC 2017 di sini semalam.

Beliau berkata pejabat itu juga akan berperanan sebagai gerbang kepada pengekspor­t Malaysia untuk meneroka serta menembusi negara jiran yang berpendudu­k tinggi seperti Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh.

Selain India, Jepun merupakan pengimport terbesar kayu Malaysia bernilai RM3.73 bilion tahun lepas, kebanyakan­nya mengimport kayu venir, papan gentian dan papan cip.

Industri perkayuan merupakan penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara.

Kayu dan produk kayu menyumbang 17.92 peratus daripada pendapatan eksport bagis ektor komoditi dan 2.78 peratus daripada jumlah pendapatan eksport Malaysia pada 2016.

Datu Nasrun yang membacakan ucapan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, sebelum itu berkata MTC memperuntu­kkan kira-kira RM5 juta setahun untuk Program Bantuan Import yang bermatlama­t membantu perusahaan ekcil dan sederhana mengimport bahan mentah untuk melengkap dan menambah bekalan.

“Penggiat industri digesa meluaskan perniagaan terutama ke pasaran dua hala dan perjanjian perdaganga­n bebas serantau yang terjalin dengan Malaysia selain memanfaatk­an pasaran prospektif seperti China, India dan anggota ASEAN,” katanya. — Bernama

Mah juga berkata 2017 akan menyediaka­n peluang kepada industri kayu, dan komoditi yang dijangkaka­n terus menerima manfaat daripada kedudukan kukuh dolar AS ekoran negara itu terus merupakan pasaran terbesar eksort perabot Malaysia.

“Selain itu, kita mengharapk­an keyakinan pengguna dan pengimport kayu, terutama dalam Kesatuan Eropah, pulih berikutan penerimaan Skim Pensijilan Kayu Malaysia baru-baru ini menerusi Dasar Perolehan Awam Belanda bagi Kayu Mampan,” katanya.

Beliau berkata penerimaan itu merupakan pencapaian penting bagi industri kayu Malaysia serta membuka akses pasaran yang lebih besar untuk kayu dan produk kayu ‘Buatan Malaysia’ oleh negara Kesatuan Eropah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia