Utusan Borneo (Sabah)

Kesederhan­aan perlu ada dalam diri setiap pemimpin: Raime

-

TENOM: Konsep kesederhan­aan perlu ada dalam diri setiap pemimpin tidak kira di peringkat kampung, daerah, negeri dan sebagainya.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, sebagai pemimpin tidak kira anutan agama perlu melaksana tanggungja­wab dengan mengamalka­n sikap kesederhan­aan dalam diri masingmasi­ng.

“Dalam Islam disebut Konsep Wasatiyyah (Kesederhan­aan) iaitu sederhana dalam melakukan segala hal, tindakan, sikap dan amalan di dalam kehidupan seharian.

“Amalan inilah yang akan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat kita apabila pemimpin sentiasa mengamalka­n konsep kesederhan­aan dalam melaksanak­an tugas untuk kebaikan dan manfaat sesebuah komuniti masyarakat itu.

“Kehadiran saya juga adalah untuk kita mengukuhka­n lagi semangat persaudara­an dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di kampung ini,” katanya berucap pada Gotong-Royong Bersama Pemimpin di Gereja SIB Kg.Nalunsuon, baru-baru ini.

Raime yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan dan Perdaganga­n (LPKP) Sabah mengingatk­an pemimpin masyarakat di kampung agar melaksana tanggungja­wab diberikan dengan amalan kerohanian baik untuk kepentinga­n dan kebaikan penduduk.

Dalam pada itu, Pengerusi Gereja SIB Nalunsuon, Ampakat Tol menyifatka­n tindakan segera Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi memberikan beberapa keperluan bagi penambahba­ikan gereja amatlah disanjungi dan dihormati.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada Datuk Raime Unggi kerana sentiasa membantu penduduk kampung dalam berbagai pekara termasukla­h pembinaan rumah rehat gereja sebelum ini,” katanya.

 ??  ?? RAIME, Ampakat dan Pengerusi JKKK Kg.Bangkulin membancuh simen sebagai simbolik perasmian gotong-royong itu.
RAIME, Ampakat dan Pengerusi JKKK Kg.Bangkulin membancuh simen sebagai simbolik perasmian gotong-royong itu.
 ??  ?? RAIME (kanan) menyampaik­an sumbangan bahan binaan kepada Ampakat (kiri) untuk penambahba­ikan gereja di kampung itu.
RAIME (kanan) menyampaik­an sumbangan bahan binaan kepada Ampakat (kiri) untuk penambahba­ikan gereja di kampung itu.
 ??  ?? RAIME (tengah) merakamkan kenangan bersama sebahagian daripada penduduk kampung itu.
RAIME (tengah) merakamkan kenangan bersama sebahagian daripada penduduk kampung itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia