Utusan Borneo (Sabah)

Konsert Gempak Gegar anjuran THR Gegar dapat sambutan luar biasa!

-

STESEN No.1 Pantai Timur mengucapka­n jutaan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Pantai Timur yang hadir untuk menyaksika­n Konsert Gempak Gegar yang dihavockan oleh Deeja Cosmetic Sabtu lalu di Dataran Shah Bandar, Terengganu!

Seawal jam 6 petang lagi Dataran Shah Bandar orang ramai mula berkumpul semata-mata untuk menantikan persembaha­n artis-artis kegemaran mereka.

Konsert Gempak Gegar bermula pada jam 8.45 malam yang menyaksika­n barisan artis popular tanahair beraksi penuh tenaga di atas pentas. Antara artis yang terlibat pada malam tersebut adalah Projector Band, Khalifah Band, Khai Bahar, Wany Hasrita, Azharina, Azian Mazwan Sapuwan, Kristal, KT Buskers, dan Kumpulan Dikir Cita D’mas UNISZA, Sherry Ibrahim dan Ismail Izzani .

Seterusnya, konsert pada malam tersebut turut dihadiri lebih 20 ribu penonton dan konsert ini merupakan hadiah buat warga Pantai Timur yang telah menjadikan stesen ini menjadi no.1 di hati mereka. Selain itu, penyampai THR Gegar turut memeriahka­n pentas konsert dengan pelbagai telatah serta persembaha­n lucu mereka khas buat penonton yang setia dan tidak berganjak dari tempat duduk mereka.

Kata Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan, “Konsert Gempak Gegar ini merupakan sebuah konsert yang sangat dinantikan oleh pendengar setia THR Gegar di kawasan Pantai Timur. Kami sangat berpuas hati apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar setia kami yang berada di sekitar Pantai Timur. Harapan kami untuk meneruskan acara sebegini di masa akan datang, kerana inilah peluang keemasan penyampai THR Gegar untuk turun padang beramai-ramai bermesra dengan para pendengar setia kami”

Konsert ini turut disiarkan secara langsung di FB LIVE THR Gegar yang dipancarka­n dari lokasi konsert di Dataran Shah Bandar,Kuala Terengganu pada 15 April lalu dan mendapat ratusan ribu viewers pada malam tersebut.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia