Utusan Borneo (Sabah)

Perkeso keluar kompaun RM18,500 terhadap 23 majikan

Melibatkan 18 kompaun atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan, lima kompaun kerana gagal mendaftar pekerja

-

MIRI: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) Miri mengeluark­an kompaun berjumlah RM18,500 terhadap 23 majikan yang dikesan melakukan kesalahan dalam Ops Kesan sejak 1 April lalu.

Pengurus Perkeso Miri Hendera Saiful berkata kompaun itu masing-masing melibatkan 18 kompaun atas kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan lima kompaun atas kesalahan gagal mendaftar pekerja. “Di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969, semua majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja dikehendak­i mendaftar dengan Perkeso, kami tidak berkomprom­i jika mereka didapati melakukan kesalahan,” katanya pada Isnin.

Menurutnya, Mac lalu adalah tempoh pemutihan iaitu majikan ingkar diberi notis dan peluang mendaftar namun selepas itu Perkeso tidakberko­mpromiseki­ranya majikan masih berdegil. “Kebanyakan majikan dikenakan kompaun merupakan majikan mengusahak­an restoran atau kedai makan serta industri sederhana menggaji pekerja,” jelasnya.

Hendera berkata, tindakan undang-undang termasuk pendakwaan di mahkamah boleh diambil ke atas manamana majikan didapati gagal berdaftar.

Jika disabit kesalahan, majikan boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau keduaduany­a.

Menurutnya, mulai Jun tahun lalu semua majikan mengaji seorang pekerja atau lebih wajib mendaftar denganPerk­esobagimem­beri perlindung­an insurans tanpa mengira had gaji.

Ini termasuk peningkata­n had gaji maksimum yang dicarumkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 sebulan. “Ia bermaksud semua pekerja perusahaan kecil atau sederhana harus membayar caruman Perkeso membolehka­n mereka dilindungi­sementaram­ajikan harus mendaftar pekerja mereka atau bakal dikenakan kompaun,” katanya.

Berdasarka­n statitisti­k sehingga Disember 2016, Perkeso Miri mengenal pasti 7,128majikan­aktifsemen­tara 143,861 orang pekerja aktif sementara statistik kompaun dikeluarka­n sebanyak 51 kes dan 30 kes pendakwaan. Beliau menyaranka­n majikan membayar caruman pekerja melalui sistem perbankan atas talian turut

ditawarkan Perkeso bagi memudahkan majikan dengan melayari www.

perkeso.gov.my atau www. iperkeso.my.

Sementara itu, antara alasan paling popular dikesan sepanjang Ops Kesan ialah majikan tidak tahu mengenai keperluan mendaftar perniagaan serta pekerja bekerja sambilan atau pekerja mempunyai pertalian darah dengan majikan.

Di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969, semua majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja dikehendak­i mendaftar dengan Perkeso, kami tidak berkomprom­i jika mereka didapati melakukan kesalahan. HENDERA SAIFUL Pengurus Perkeso Miri

 ??  ?? HENDERA (empat kiri) menunjukka­n buku akta bersama pasukan penguat kuasa Ops Kesan di pejabat Perkeso Miri.
HENDERA (empat kiri) menunjukka­n buku akta bersama pasukan penguat kuasa Ops Kesan di pejabat Perkeso Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia