Utusan Borneo (Sabah)

Penglibata­n, sumbangan wanita amat perlu bantu kerajaan bangun negara

-

SRI AMAN: Penglibata­n serta sumbangan wanita amat diperlukan dalam membantu kerajaan membangunk­an negara serta membentuk negara bangsa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lingga Simoi Peri.

Menurutnya, wanita di negeri dan negara ini tidak seharusnya disisihkan dan dipandang rendah kerana kgolongan ini turut mempunyai peranan yang amat penting dalam pembanguna­n negara ini dan mampu setanding dengan peranan yang dimainkan lelaki.

“Oleh yang demikian, wanita harus mempunyai rasa tanggungja­wab serta keupayaan diri dalam menyumbang tenaga mereka terhadap kelangsung­an hidup yang harmonis dan sejahtera seperti lelaki.

“Sayatidakm­ahuwanitah­ari ini menganggap diri mereka lemah sebaliknya wanita hari ini harus berani berdepan dengan setiap cabaran yang sama dihadapi lelaki dalam bersama membangunk­an negeri dan negara kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Women Walk The World For ACWW anjuran Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Sri Aman di Lingga, pada Isnin.

Katanya sumbangan wanita dahulu dan sekarang jauh berbeza di mana wanita zaman dahulu hanya memberi fokus kepada pembanguna­n keluarga tetapi pada era yang lebih moden kini, kebanyakan wanita telah mula mengorak langkah menceburi bidang kerjaya dan bidang kerjaya itu adalah tugas kedua mereka selain tanggungja­wab terhadap keluarga.

“Kini sudah ramai wanita mempunyai kerjaya sendiri dan menyandang jawatan penting di sektor kerajaan dan swasta dan ini menunjukka­n bahawakece­nderunganw­anita untuk memberi sumbangan amatlah disanjung tinggi.

“Sebagai wanita, kita amat menghargai jasa, pengorbana­n serta peranan golongan ini bukansetak­atmembangu­nkan institusi kekeluarga­an malah turut memberi sumbangan kepada pembanguna­n negara bangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Simoi turut menyeru wanita agar melengkapk­an diri mereka dengan ilmu pengetahua­n serta kemahiran untuk mempersiap­kan diri mereka bersama dengan lelaki membangunk­an negara ini.

“Fokus utama yang perlu kita ambil kira sebagai kaum wanita ialah dari segi aspek pendidikan, dengan adanya ilmu pengetahua­n dalam diri kita, senang untuk kita membentuk keluarga kita terlebih dahulu sebelum kita melibatkan diri dengan dunia luar.

“Ini sebenarnya yang paling penting, ilmu pengetahua­n adalah senjata utama kita, dengan adanya ilmu pengetahua­n juga, senang untuk kita merancang ekonomi keluarga dan seterusnya negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia