Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan perayaan landasan pelajari, kenali budaya, adat sesebuah kaum

-

MALUDAM: Masyarakat berbilang kaum di negeri ini seharusnya menjadikan setiap perayaan yang disambut pelbagai lapisan masyarakat sebagai satu landasan untuk mempelajar­i, mengenali kebudayaan serta adat resam sesebuah kaum lain dengan lebih dekat.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, peluang sebegini harus dimaanfaat­kan sepenuhnya oleh semua anggota masyarakat dengan mengunjung­i rakanyang merayakan sesuatu perayaan untuk mempelajar­i lebih lanjut mengenai perayaan mereka.

“Sebagai contoh, perayaan Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deevapali dan sebagainya di negara kita ini mempunyai keunikan tersendiri dan semua lapisan masyarakat berbilang kaum berpeluang merayakan semua perayaan ini.

“Inilah sebenarnya keunikan masyarakat Malaysia dan sering kita lihat di majlis rumah terbuka, mereka yang berkunjung bukan hanya masyarakat yang merayakan perayaan terbabit malah masyarakat daripada kaum lain,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mantar Gawai dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Batang Lupar di Rumah Kunjang, Sungai Daun dekat Maludam, pada Isnin.

Menurutnya, budaya kunjungmen­gunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa harus diteruskan kerana amalan seperti ini secara tidak langsung mampu meningkatk­an lagi semangat perpaduan serta saling hormat menghormat­i budaya dan adat resam sesebuah kaum.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Batang Lupar Zaidel Ripin serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia