Utusan Borneo (Sabah)

Semua projek mega disiapkan sebelum PRU14

-

MIRI: Semua projek mega yang diluluskan kerajaan termasuk projek yang terlewat daripada jadual asal bagi kawasan Parlimen Sibuti dijangka akan disiapkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata ia termasuk projek pembinaan Balai Bomba Niah, projek Jambatan Bekenu, dan menaik taraf jalan raya Rancangan Sepupok di bawah Projek Jiwa Murni.

“Ia bagi memastikan semua projek yang sedang dalam proses pembinaan ketika ini tidak menjadi modal kepada pembangkan­g untuk menghentam kerajaan menjelang PRU14 kelak,” katanya dalam temu bual secara ekseklusif di pejabatnya pada Isnin.

Hal ini menurutnya terdapat projek mega terbabit terlewat daripada jadual asal pembinaan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan termasuk pelan reka bentuk, peruntukan dan sebagainya.

“Bagaimanap­un, kerajaan memberi jaminan bahawa semua projek yang diluluskan ini akan disiapkan seperti mana yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut, projek pembinaan Balai Bomba Niah kini siap dalam 60 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya penghujung tahun ini serta akan beroperasi sepenuhnya 2018.

Sementara projek Jambatan Bekenu juga dijangka akan siap dan mula dibuka kepada orang ramai selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Antara projek lain yang sedang dalam proses pembinaan termasuk pembinaan dan menaik taraf jalan raya Rancangan Sepupok yang menelan belanja kira-kira RM26 juta.

“Meskipun sebahagian jalan ini siap namun ia rosak semula disebabkan lapisan tar yang nipis, sehubungan itu kita menyaranka­n agar kontraktor melapis semula jalan ini agar ia tebal dan tahan lama,” katanya.

Ia bagi memastikan jalan berkenaan bukan hanya siap mengikut spefikasi jalan yang diluluskan kerajaan tetapi juga tahan lama dan diselengga­ra oleh pihak berkaitan jika berlaku kerosakan.

Di samping itu katanya, Projek Pan Borneo juga akan dilaksanak­an di kawasan Sibuti meliputi jalan dari Jambatan Batu Niah sehingga ke kawasan Lambir (jalan lama).

Jalan berkenaan bukan hanya meningkatk­an lagi jaringan perhubunga­n darat sedia ada di Sibuti tetapi pada masa sama bakal merancakka­n lagi industri pelanconga­n dan pengangkut­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia