Utusan Borneo (Sabah)

SAPEC bangun, urus eksport produk pertanian

Perbadanan Eksport Produk-Produk Pertanian S’wak akan ditubuh dengan dana RM100 juta

-

“Saya dengan gembira mengumumka­n Perbadanan Eksport Produk-Produk Pertanian Sarawak akan menyuntik modal untuk teknologi ke dalam sektor pertanian bagi tujuan ini.” memodenkan sektor DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

KUCHING:Sarawak akan menubuhkan Perbadanan Eksport Produk-Produk Pertanian Sarawak (SAPEC) dengan dana awal RM100 juta.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata SAPEC akan bertanggun­gjawab membangun dan mengurus eksport produk pertanian Sarawak dalam pasaran luar negara dan memastikan pesanan eksport yang mencukupi secara berterusan.

“Saya dengan gembira mengumumka­n Perbadanan Eksport Produk-Produk Pertanian Sarawak akan menyuntikm­odaluntukt­eknologi ke dalam sektor pertanian bagi tujuan memodenkan sektor ini.

“SAPEC juga merupakan cara alternatif untuk membantu pekebun-pekebun yang tidak mempunyai modal serta tidak tahu mengurus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengeluara­n Pertanian Yang Lestari, Berkualiti dan Selamat 2017 di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata adalah penting untuk Sarawak mempunyai agensi yang mengawal selia dan mengurus pengekspor­tan produk-produk pertanian.

Inikerana,jelasnyase­tiapnegara mempunyai peraturan makanan tersendiri yang mengawal selia jenis-jenis kualiti diinginkan.

“Sebagai contoh, jika kita mahu mengekspor­t makanan ke Singapura, mereka mempunyai syarat serta keperluan seperti tahap penggunaan racun perosak dalam pengeluara­n, perkara perlu kita penuhi.

“Sekiranya kita tidak dapat memenuhi keperluan serta syarat ditetapkan dalam pasaran antarabang­sa, kita tidak akan dapat memasarkan produk pertanian ke luar negara,” jelasnya.

Beliau berkata Sarawak perlu mengambil pendekatan baharu dalam membangunk­an sektor pertanian seiring dengan pembanguna­n ekonomi digital dirancang oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Mengulas mengenai SAPEC, Uggah berkata ia akan bertanggun­gjawab memastikan bekalan mencukupi bagi produk-produk pertanian dipromosik­an.

Katanya ia dilakukan menerusi kerjasama erat dengan pekebun kecil dan pemilik peladang tempatan dalam pengeluara­n produk-produk pertanian dengan menyediaka­n harga minimum produk-produk pertanian untuk pekebun.

Selain itu katanya, SAPEC akan memastikan daya saingan eksport dengan mempromosi­kan penggunaan teknologi moden dalam pertanian seterusnya menggalakk­an penggunaan teknologi menerusi penglibata­n modal.

Uggah berkata perbadanan itu akan memegang ekuiti dalam projek-projek pengeluara­n yang dirancang dan diurus sebaiknya bagi tujuan menaik taraf teknologi pertanian.

Pada masa sama SAPEC seharusnya menarik balik ekuitinya daripada projek-projek berkenaan sebaik ia berdaya maju secara komersial dengan sendirinya.

“Maknanya, ini adalah usaha sama dalam bentuk modal antara kerajaan dan pekebun kecil dan pendekatan ini berbeza dengan SALCRA, FELCRA atau RISDA.

“SAPEC akan melabur dalam satu-satu projek pertanian dan sebaik projek itu sudah berdaya maju secara komersial ekuiti akan dijual balik kepada pemegang saham iaitu pekebun dengan nilai setara,” jelasnya.

Sebagai permulaan Uggah berkata SAPEC akan memfokus kepada (penanaman) pisang, kelapa serta durian untuk dieksport ke Semenanjun­g Malaysia dan Singapura manakala pengeskpor­tan ke China dan Jepun memerlukan sedikit masa kerana ia melibatkan protokolpr­otokol pentadbira­n.

“Projek-projek perintis akan dibangunka­n di bahagian Betong dan Sarikei sebelum skim ini diperluask­an ke kawasan lain di Sarawak,” jelasnya.

Uggah berkata bagi tujuan itu satu persidanga­n antarabang­sa akan diadakan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang bertujuan menerokai peluangpel­uang dalam pengeluara­n serta pengekspor­tan buah-buahan tropika Sarawak dan pada masa sama menggalakk­an usahawan muda berbakat terlibat dalam sektor pertanian.

Hadir sama Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar (Pedalaman) dan Perladanga­n Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Ekonomi Luar Banadr (Pesisir) dan Perikanan Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pertanian Malcolm Mussen Lamoh, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong dan Pengerusi Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Sarawak Dr Alvin Chai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia