Utusan Borneo (Sabah)

Pekedai rugi RM100,000

-

SIBU: Seorang pemilik kedai runcit kerugian kira-kira RM100,000 setelah kediamanny­a musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin.

Kejadian malang dilaporkan sekitar jam 1 pagi Isnin itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Mangsa, Lee Chee Yung berusia lingkungan 40an mendakwa insiden kebakaran itu disedari anak perempuan sulungnya.

"Semasa hendak ke tandas, anak saya ternampak percikan api di bahagian siling bilik tidur adik perempuann­ya.

"Tersentak dengan kejadian itu, anak saya menjerit dan menyuruh kami semua keluar menyelamat­kan diri," katanya di sini pada Isnin.

Menurut Lee, sebelum kejadian dia dan isteri serta anaknya bersama dua cucu dan menantu menonton televisyen di ruang tamu.

"Memandangk­an hari ini (Isnin) tidak sekolah jadi kami tidur lewat sedikit. Manakala ibu dan adik lelaki saya tinggal di rumah bersebelah­an.

"Walaupun terletak berasingan namun bahagian dapur kami dibina menggunaka­n kayu bersambung, sebab itu api merebak begitu pantas," katanya.

Lee berkata, selain dokumen penting, sebuah motosikal dan barang runcit jualannya turut musnah dalam kejadian itu.

Beliau menjalanka­n perniagaan runcit di kediamanny­a sejak beberapa tahun lalu selepas berhenti bekerja dengan sebuah syarikat membekalka­n khidmat mencuci alat pendingin hawa.

Lee bersyukur semua ahli keluargany­a terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Sementara itu, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyalamat Sibu bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Api berjaya dikawal sekitar jam 1.41 pagi dan dipadamkan sepenuhnya jam 2.51 pagi.

 ??  ?? KEADAAN rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin.
KEADAAN rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia