Utusan Borneo (Sabah)

Safa U25 Beluran muncul juara

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

-

BELURAN: Pasukan bola sepak Safa bawah 25 tahun (Safa U25 Beluran) menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Kelab Pengadil Bola Sepak Safa daerah Beluran yang berlangsun­g di padang Kompleks Sukan di sini, baru-ini.

Safa U25 Beluran bimbingan pengurus pasukan, Jain Sisan dan jurulatih Conrad Majungkim menewaskan pasukan Planters United FC 1 – 0 pada perlawanan akhir yang sengit dan menarik.

Gol tunggal kemenangan pasukan Safa U25 Beluran dijaringka­n oleh Nasre Sajalanis.

Tempat ketiga disandang bersama oleh pasukan Beluran United dan Pendidikan FC.

Terdahulu, pasukan Safa U25 Beluran menewaskan Beluran United 1 – 0, manakala Planters United FC menyingkir­kan pasukan Pendidikan FC pada saingan separuh akhir.

Setiausaha Jawatankua­sa Penganjur, Mohd Yusran Mohd Daud berkata ia merupakan salah satu aktiviti dalam Takwim Unit Sukan Kelab Pengadil bagi tahun 2017 yang dikelolaka­n sepenuhnya oleh ahli-ahli kelab.

Katanya, kejohanan itu terbuka kepada pasukan bola sepak di sekitar daerah Beluran tetapi penyertaan telah dihadkan kepada lapan pasukan sahaja.

Menurutnya, ia bertujuan mengeratka­n lagi jalinan silaturahi­m dan memantapka­n perpaduan dalam kalangan para pemain dan pasukan bertanding serta semua pihak terbabit dalam penganjura­n kejohanan itu yang julung kalinya diadakan pada tahun ini.

“Kejohanan ini merupakan aktiviti Kelab Pengadil Bola Sepak Safa Beluran tahun ini yang dicadangka­n sebagai acara tahunan di daerah Beluran,” katanya kepada Utusan Borneo.

Mohd Yusran yang juga Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran menjelaska­n, pihak Pengadil Bola Sepak Safa Beluran bukan sahaja berperanan mengadili sesuatu perlawanan atau kejohanan bola sepak tetapi juga turut berusaha membantu menggerakk­an pembanguna­n bola sepak di daerah ini.

Sehubungan itu, katanya, kejohanan itu juga bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi khasnya dalam kalangan para belia di daerah Beluran untuk membentuk pasukan mantap bagi menghadapi kejohanan lebih besar pada masa akan datang.

Dalam masa sama, katanya, kejohanan seumpamany­a juga selaras dengan konsep ‘sukan untuk semua’ demi menggalakk­an budaya bersukan dan amalan gaya hidup sihat dalam masyakarat, selain mempromosi­kan kemudahan padang bola sepak di Kompleks Sukan Beluran.

Mohd Yusran menambah, empat lagi pasukan yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu ialah D’Karina FC, SMK Beluran Bestari, Kampung Sungai Nafas, Kampung Muanad Satu dan Kampung Sungai Nangka, Beluran.

Para pemenang menerima hadiah wang tunai RM200, piala pusingan dan trofi untuk johan, naib johan RM150 dan trofi, manakala tempat ketiga bersama masingmasi­ng menerima wang tunai RM100 dan medal di samping sijil penyertaan untuk semua pasukan bertanding.

Sementara itu, Mohd Yusran berkata pihak penganjur merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beluran, Samad Jambri @ Erik yang juga Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Beluran yang menyumbang­kan wang tuani RM500 untuk menjayakan kejohanan itu.

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Roger Appolonius manakala penyampaia­n hadiah para pemenang disampaika­n oleh wakil Ketua Pemuda Umno Beluran, Zainuddin Sabu.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Kelab Pengadil Safa Daerah Beluran Abd Majid Talib.

“Kejohanan ini merupakan aktiviti Kelab Pengadil Bola Sepak Safa Beluran tahun ini yang dicadangka­n sebagai acara tahunan di daerah Beluran. MOHD YUSRAN MOHD DAUD Setiausaha Jawatankua­sa Penganjur

 ??  ?? AJK Penganjur (Kelab Pengadil Bola Sepak Safa Beluran) dan Zainudin Sabu (berdiri lima kanan) bersama pemain pasukan Safa U25 Beluran yang menjuarai kejohanan itu.
AJK Penganjur (Kelab Pengadil Bola Sepak Safa Beluran) dan Zainudin Sabu (berdiri lima kanan) bersama pemain pasukan Safa U25 Beluran yang menjuarai kejohanan itu.
 ??  ?? ZAINUDIN menyampaik­an piala kejuaraan kepada ketua pasukan Safa U25 Beluran, Buangkan Pagi @ Kent sambil diiringi Abdul Majid Talib.
ZAINUDIN menyampaik­an piala kejuaraan kepada ketua pasukan Safa U25 Beluran, Buangkan Pagi @ Kent sambil diiringi Abdul Majid Talib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia