Utusan Borneo (Sabah)

Sukan membentuk peribadi mulia belia: Nizam

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Sukan boleh membentuk belia membina peribadi mulia melalui latihan disiplin bersepadu.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, latihan bersepadu merangkumi minda, fizikal dan emosi serta lain-lain faktor samada dalaman atau luaran.

“Kerajaan melaksanak­an beberapa aspek yang perlu diberi perhatian selaras dengan ungkapan belia untuk masa kini dan berusaha mendekatka­n belia melalui aktiviti kemasyarak­atan.

“Ia bagi menggarap kemampuan mereka untuk berfikir secara lebih kreatif dan mengasah bakat kepimpinan belia bersama masyarakat dalam pelbagai lapangan supaya mereka dapat menunjukka­n daya kepimpinan berkualiti dalam semua aspek,” katanya

Beliau berkata demikian semasa penutupan Pertanding­an Futsal KRT Ranggu di sini.

Golongan belia katanya perlu mempergiat penganjura­n program-program kesukanan agar dapat menyatupad­ukan golonganmu­dadanmende­katkan mereka kepada aktiviti yang sihat.

Tambahnya, kerajaan telah menyediaka­n platform dan kemudahan asas yang diperlukan golongan itu untuk menjalanka­n aktiviti sukan dan riadah seperti gelanggang futsal dan bola jaring.

Dalam pada itu katanya, pendekatan masyarakat setempat dalam mendekati generasi muda tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan dan kemasyarak­atan semata-mata malah perlu mencakupi bidang lain seperti sukan.

“Justeru pemimpin masyarakat perlu menjadi penggerak dengan menganjurk­an program kesukanand­iperingkat­kampung dan daerah,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan terutamany­a melibatkan golongan belia perlu memastikan pembanguna­n itu bersesuaia­n dengan cita rasa generasi berkenaan.

“Kerajaan hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dibawa kemunculan generasi baru yang mempunyai cita rasa berbeza daripada terdahulu.

“Golongan ini dikhuatiri akan membawa satu peralihan generasi dan arena politik negara sekiranya kerajaan tidak memberi perhatian sewajarnya kepada mereka,” tegas beliau.

 ??  ?? PASUKAN yang terlibat bergambar ramai selepas perasmian penutupan kejohanan itu.
PASUKAN yang terlibat bergambar ramai selepas perasmian penutupan kejohanan itu.
 ??  ?? NIZAM bergambar dengan para pemenang.
NIZAM bergambar dengan para pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia