Utusan Borneo (Sabah)

SK Lubok Temiang Juara Sukan Pra Sekolah Labuan 2017

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) muncul juara Kejohanan Sukan Mini Pra Sekolah Kali Ke-11 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan selepas meraih 2 emas dan 1 gangsa.

Pada kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Labuan, pada Sabtu lalu. menyaksika­n SK Pekan Dua menduduki tempat kedua dengan 1 emas dan 1 perak manakala tempat ketiga dimenangi tiga sekolah iaitu SK Kerupang, SK Membedai dan SK Pekan Satu yang masing-masing mendapat 1 emas.

Pra Sekolah SK Lubok Temiang pernah mnjuarai kejohanan tersebut pada 2006 dan 2013.

Majlis perasmian sukan itu disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Maimoon Haji Matnoh dan Ketua Unit Pendidikan Awal Kanakkanak Dan Pra Sekolah, Diah Mohd Yussof.

Kontinjen SK Lubok Temiang dikendalik­an tiga jurulatih, Samih Kukung, Nurmi Anuar dan Nasrun Ramli.

Samih yang juga guru Pra Sekolah berkata kejayaan itu sangat bermakna kerana pada tahun lalu, SK Lubok Temiang hanya berjaya memasuki final.

Dua pingat emas yang diperoleh ialah menerusi Ahmad Arkaan Israq Ridzuan dalam acara individu lelaki 60 meter dan Lari Berganti-ganti 4X50 Lelaki yang dibarisi Ahmad Arkaan Ridzuan, Muhammad Zulqhuzaim­i Zulkaply, Reagan Patan George dan Muhammad Aqqiel Khalish Muhammad Basri.

Skuad itu juga mendapat satu gangsa menerusi acara Lari Berganti-ganti 4X50 Perempuan yang diwakili Putri Norshazuan­a Ishak, Nurul Allysha Rozaidi, Elly Farisha Abdullah dan Irdinaraih­ana Aisyah Iswandy.

Ahmad Arkaan Ridzuan turut menduduki tempat keempat dalam acara Lari Berhalanga­n 50 meter Lelaki.

Sementara itu, Samih tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada Guru Besar, Awat @ Cally Moguring, Penolong Kanan Kokurikulu­m, Maimoon Abd Rahman, Penolong Kanan Pentadbira­n, Roslan Mohamad dan Penolong Kanan HEM Farid Marcus yang banyak memberikan sokongan moral kepada kontinjen pra sekolah.

“Ucapan penghargaa­n juga saya tujukan kepada semua ibu bapa yang sentiasa berdiri di belakang kami menjayakan latihan dan pertanding­an tersebut,”katanya.

Sebanyak 14 pasukan menyertai kejohanan yang berlangsun­g selama dua hari itu.

 ??  ?? GURU Besar SK Sungai Lada, Anita menyerahka­n bendera kejohanan kepada Guru Besar SK Kerupang, Abdul Rizal Abdul Rahim yang menjadi penganjur pada tahun hadapan. Turut kelihatan Maimoon (dua kanan) dan Diah (dua kiri).
GURU Besar SK Sungai Lada, Anita menyerahka­n bendera kejohanan kepada Guru Besar SK Kerupang, Abdul Rizal Abdul Rahim yang menjadi penganjur pada tahun hadapan. Turut kelihatan Maimoon (dua kanan) dan Diah (dua kiri).
 ??  ?? MAIMOON (lima kanan) dan Samih (empat kanan) meraikan kejayaan atlet Pra Sekolah SK Lubok Temiang muncul juara Sukan Pra Sekolah Labuan 2017.
MAIMOON (lima kanan) dan Samih (empat kanan) meraikan kejayaan atlet Pra Sekolah SK Lubok Temiang muncul juara Sukan Pra Sekolah Labuan 2017.
 ??  ?? RAISIN menyampaik­an cenderamat­a kepada ketua pasukan kontinjen Pra Sekolah SK Lubok Temiang sambil diperhatik­an Maimoon dan Diah (dua kiri).
RAISIN menyampaik­an cenderamat­a kepada ketua pasukan kontinjen Pra Sekolah SK Lubok Temiang sambil diperhatik­an Maimoon dan Diah (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia