Utusan Borneo (Sabah)

SS90’S adakan 2 atau 3 perlawanan lagi

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kelab Bola Sepak Sabah Stars (SS90’S FC) akan mengadakan sekurang-kurangnya dua atau tiga perlawanan persahabat­an lagi sebelum menghadapi Kejohanan Enam Penjuru Persekutua­n Kelab Bola Sepak VIP Asean (AVFCF) 2017 di Thailand pada 5-8 Mei.

Jurucakap SS90’S, Hashim Hamzah berkata, salah satu perlawanan persahabat­an terakhir yang sudah berada dalam jadual mereka adalah menentang Tambadau FC di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 29 April.

“Turut sudah masuk dalam jadual perlawanan persahabat­an kami adalah menentang Kukubima FC di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) pada 22 April dan menentang Kiulu Legend di padang sintetik UMS pada 23 April.

“Pertemuan dengan Kukubima dan Kiulu hanya akan disahkan malam ini (semalam) atau esok (hari ini),” kata Hashim ketika ditemui di sini kelmarin.

“Beliau berkata, persiapan mereka hanya menerusi perlawanan-perlawanan persahabat­an di mana ia lebih kepada untuk memantapka­n kombinasi kerana majoriti pemain adalah berpenglam­an sebagai bekas pemain negeri,” kata Hashim ketika ditemui di sini kelmarin.

Beliau berkata, SS90’S telah mengadakan sekurangku­rangnya satu perlawanan seminggu sejak tahun lalu dan ia membantu mereka kekal cergas dari segi fizikal dan perlawanan.

Bulan lalu sahaja mereka telah mengadakan empat perlawanan persahabat­an itu menentang YB FC, OMB FC, JP FC dan Kazen FC. SS90’S menang semua perlawanan itu.

Bulan ini mereka telah mengadakan tiga perlawanan iaitu menentang SESB Beaufort pada 1 April di Beuafort, Sinba Veteran Pitas (8 April) di padang sintetik UMS dan Penta FC (16 April) di padang sintetik KSKK.

SS90’S juga menang semua perlawanan itu, menang 5-3 ke atas SESB Beaufort, menang 7-0 ke atas Sinba dan menang 8-1 ke atas Penta.

Sambil itu, penyertaan SS90’S pada kejohanan di Thailand adalah yang terbesar tahun ini.

Pertanding­an yang akan berlangsun­g di Stadium National Rajamangal­a, Bangkok itu disertai Lovers FC Thailand selaku tuan rumah, Kwarta FC Indonesia, Old Blues FC Myanmar, Laos, Cambodia dan SS90’S.

Sebelum ini, SS90’S juga telah menyertai Starbol 7’S Internatio­nal Championsh­ip melibatkan 10 pasukan di Jakarta, Indonesia pada Oktober tahun lalu di mana mereka telah muncul juara.

 ??  ?? PEMAIN SS90’S dan Penta bergambar bersama sebelum perlawanan persahabat­an di padang sintetik KSKK pada 16 April.
PEMAIN SS90’S dan Penta bergambar bersama sebelum perlawanan persahabat­an di padang sintetik KSKK pada 16 April.
 ??  ?? KETUA jurulatih Sabah, Jelius Ating yang juga bermain untuk SS90’S bertukar cenderaken­angan dengan salah seorang pemain Kazen FC semasa perlawanan persahabat­an kedua-dua pasukan di Stadium Likas bulan lalu.
KETUA jurulatih Sabah, Jelius Ating yang juga bermain untuk SS90’S bertukar cenderaken­angan dengan salah seorang pemain Kazen FC semasa perlawanan persahabat­an kedua-dua pasukan di Stadium Likas bulan lalu.
 ??  ?? PEMAIN SS90’S dan Sinba Pitas bergambar bersama sebelum perlawanan persahabat­an antara kedua-duanya di padang sintetik UMS pada 8 April.
PEMAIN SS90’S dan Sinba Pitas bergambar bersama sebelum perlawanan persahabat­an antara kedua-duanya di padang sintetik UMS pada 8 April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia