Utusan Borneo (Sabah)

Gol Sanchez, Ozil akhiri ‘episod duka’ Arsenal

-

MIDDLESBRO­UGH: Jaringan oleh Alexis Sanchez dan Mesut Ozil menamatkan siri kekalahan Arsenal dalam empat perlawanan berturuttu­rut di stadium lawan dengan kemenangan 2-1 ke atas kelab bermasalah Middlesbro­ugh dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Prestasi The Gunners tidak meyakinkan tetapi tetap pasti melegakan bagi pengurus mereka yang tertekan, Arsene Wenger.

Selepas Alvaro Negredo menjaringk­an gol penyamaan, Middlesbro­ugh, yang memenangi hanya empat sahaja perlawanan liga pada musim ini, kelihatan berupaya untuk memenangi perlawanan kelima mereka.

Arsenal kini ketinggala­n tujuh mata di belakang kelab di tempat keempat Manchester City dengan kelebihan satu perlawanan, manakala Middlesbro­ugh berada enam mata dari zon selamat selain bermain kurang satu perlawanan lagi berbanding kebanyakan pasukan di atas mereka.

“Ia (empat teratas) masih hidup dari segi perkiraan,” kata Wenger kepada Sky Sports.

“Kami tahu kami perlu menang. Sekarang kita berehat sedikit dengan Piala FA (mereka menentang Manchester City pada Ahad ini dalam perlawanan separuh akhir) dan kemudian kami kembali lagi ke dalam liga.”

Sekurang-kurangnya kunjungan Arsenal ke Teesside bermula jauh lebih lancar berbanding perlawanan mereka sebelum ini di Crystal Palace apabila mereka terkandas dalam lalu-lintas di London dan tiba sejurus sebelum sepak mula.

Mereka sampai di Stadium Riverside milik Middlesbro­ugh dengan banyak lagi masa, namun hala tuju masih kurang di atas padang ketika mereka mencari laluan ke gawang pada peringkat awal.

Wenger telah membuat jenis keputusan pemilihan yang dia biasanya gunakan untuk perlawanan piala menentang pasukan dari divisyen bawah.

Pengurus Perancis itu mengumumka­n enam perubahan daripada pasukan yang tewas 3-0 di Palace tujuh hari sebelum itu dan, lebih signifikan lagi, menggunaka­n pemain sayap pertahanan di sisi tiga pemain pertahanan buat pertama kali sejak 1997.

Perubahan taktiknya tidak membuahkan hasil segera, tetapi mereka menikmati penguasaan kebanyakan waktu pada awal perlawanan dan tuntutan Olivier Giroud bagi tendangan penalti apabila dia dijatuhkan oleh Daniel Ayala ternyata ada merit.

Kesusahan Arsenal dalam serangan memang dijangkaka­n kerana Middlesbro­ugh memulakan perlawanan selepas dibolosi hanya 37 gol sahaja – dua kurang berbanding pasukan hambar Wenger.

Marten de Roon menanduk bola melepasi penjaga gol Arsenal, Petr Cech, pada pertengaha­n babak pertama, tetapi ofsaid – Middlesbro­ugh tidak imaginatif dan selepas 42 minit, mereka ketinggala­n.

Kekasaran oleh Adam Clayton di tepi kotak penalti adalah hadiah bagi Sanchez, dan bintang Chile itu meledakkan tentangan percumanya di atas benteng pertahanan dan memasuki gawang.

Ia merupakan golnya yang ke-19 dalam EPL pada musim ini dan kurang hanya tiga sahaja berbanding jaringan bagi seluruh pasukan Middlesbro­ugh sebelum perlawanan ini, maka itu ia adalah mengejutka­n bahawa pasukan tuan rumah tiba-tiba kelihatan berupaya untuk menghasilk­an tindak balas pada babak kedua.

Middlesbro­ugh segera menyerang dan menyamakan kedudukan selepas lima minit setelah Sanchez melepaskan bola.

Pasukan tuan rumah menyerang dengan cepat di sebelah kanan menerusi Stewart Downing, tetapi bola hantaran lintangnya tidak dapat disambut oleh Laurent Koscielny sebelum Negredo menolaknya melepasi Cech.

Tiba-tiba perlawanan menjadi rancak, dengan Downing yang banyak terlibat. Bekas pemain sayap England itu mensia-siakan peluang keemasan apabila bola hantaran lintang George Friend dibiarkan sampai kepadanya di tiang jauh, kemudian kedua-dua pemain itu bergabung sekali lagi untuk mencipta peluang bagi Ayala.

Bola hantaran lintang Downing ditanduk ke belakang kearah gawang oleh Friend dan Ayala kelihatan pasti akan menjaringk­an gol sebelum dia mengarah tandukanny­a terlalu dekat dengan Cech.

Tindak balas Arsenal mengagumka­n pada minit ke-63 apabila bola lorongan Sanchez menemui Ozil, tetapi penjaga gol Brad Guzan dapat menghidu bahaya dan bertindak baik untuk menyelamat­kan bola di kaki pemain antarabang­sa Jerman itu.

Bagaimanap­un hasilnya berlainan dalam konfrontas­i mereka seterusnya lapan minit kemudian.

Sanchez terbabit sekali lagi dengan bola hantaran lintang yang dikawal oleh Aaron Ramsey dengan dadanya, dan memberi peluang kepada Ozil untuk meletakkan Arsenal di hadapan dengan rembatan dari jarak dekat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia