Utusan Borneo (Sabah)

Atlet terjun Sabah rai 6 pingat

1 emas, 1 perak dan empat gangsa di Kejohanan Akuatik Kumpulan Umur Kebangsaan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah menang satu pingat emas, satu perak dan empat gangsa pada Kejohanan Akuatik Kumpulan Umur Kebangsaan MILO/PRAM Ke-53 di Pusat Akuatik Negeri Sembilan pada 14-16 April lalu.

Pingat emas tunggal Sabah dimenangi Nurfazriya­nti Jali dalam acara tiga meter papan anjal. Atlet berusia 16 tahun itu juga menang gangsa dalam acara platform.

Pingat perak dimenangi Julfaddli Jali dalam acara platform. Atlet berusia 14 tahun itu juga menang dua gangsa dalam acara 3m dan 1m papan anjal.

Satu lagi pingat gangsa dimenangi Nur Ain Nadzmi, 16, dalam acara 1m papan anjal.

Sabah diwakili enam atlet terjun pada kejohanan yang disertai kira-kira 50 peserta dari beberapa negeri termasiait­u uk Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan perserta luar negara dari Uzbekistan. Kejohanan anjuran Persat- uan Renang Amatur Negeri Sembilan itu mempertand­ingkan tiga kumpulan umur 16-18 tahun (Kumpulan A), 14-15 tahun (Kumpulan B) dan 13 tahun ke bawah (Kumpulan C).

Skuad Sabah diiringi pengurus pasukan Anjelica Simpul dan jurulatih, Khairul Safwan Mansur serta juri, James Sandayud.

Presiden Persatuan Renang Amatur Sabah (SASA), Anthony Kiob berkata, skuad Sabah bukan sahaja telah mencatat pencapaian yang membanggak­an tetapi juga telah menimba pengalaman berguna pada kejohanan itu.

Anthony dalam kenyataan akhbarnya kelmarin berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras dan komitmen para atlet dan jurulatih.

Sambil berterima kasih kepada sokongan berterusan dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), beliau berharap lebih ramai pegawai dan juri dilatih bagi mengatasi kekurangan dalam bidang itu di negeri ini.

 ??  ?? SKUAD terjun Sabah menang 1-1-4 di Negeri Sembilan.
SKUAD terjun Sabah menang 1-1-4 di Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia