Utusan Borneo (Sabah)

Anggota TLDM jatuh laut masih dicari

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) masih giat menjalanka­n operasi mengesan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dipercayai terjatuh ke laut ketika belayar di perairan Bintulu, pagi Isnin lalu.

Jurucakap pihak TLDM berkata mangsa yang juga seorang anak kapal di Kapal Diraja (KD) Perantau dikesan hilang kira-kira jam 9 pagi Isnin ketika kapal dalam pelayaran pulang ke Pangkalan TLDM Lumut dari Pangkalan TLDM Sepanggar, di sini.

Katanya, mangsa didakwa dilihat kali terakhir pada jam 7.15 pagi dalam pelayaran terbabit selepas pasukan berkenaan selesai melaksana ujian penerimaan sistem pengukuran hidrografi di Malaysia Timur

selama enam hari.

“Operasi SAR dijalankan merangkumi keluasan pencarian 5000 batu nautika membabitka­n 60 batu nautika barat daya dari Bintulu.

“Beberapa aset TLDM termasuk KD Selangor, KD Perantau, KD Serang dan

MV Mega Bakti serta Pesawat Super Lynx selain dibantu beberapa aset daripada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan pesawat Beechcraft B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya.

Menurutnya pihaknya sudah membuat pengumuman kehilangan melalui navigation

Telex (Navtex) untuk disiarkan kepada kapal lain dan beberapa pihak termasuk Petronas

East Logistics Command serta Persatuan Nelayan di Perairan Bintulu dan Miri bagi membantu usaha pencarian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia