Utusan Borneo (Sabah)

Dividen Kopeks ringankan beban, anggota puas hati dengan pengurusan

-

KINABALU: Dividen yang diagihkan oleh Koperasi Pekerja-pekerja Kerajaan Sabah (Kopeks) Berhad dilihat mampu meringanka­n beban anggotanya.

Beberapa anggota koperasi itu yang ditemui menyifatka­n pembayaran dividen yang tinggi itu adalah hasil daripada pengurusan dan pentadbira­n efisien, terutama dalam berhadapan ketidakten­tuan ekonomi global.

Kerani di Lembaga Pembanguna­n, Perumahan dan Bandar (LPPB) Prinspinus Luminus, 60, berkata beliau berpuas hati dengan kemajuan pengurusan kewangan Kopeks pada tahun sebelumnya yang mana dapat mengagihka­n dividen sehingga 15 peratus kepada ahlinya.

“Kalau kita lihat, terdapat peningkata­n tahun demi tahun pengagihan dividen ini dan saya rasa dengan dividen ini memadailah dengan ekonomi negara kita sekarang.

“Dengan adanya dividen pada hari ini juga dapat membantu serba sedikit dalam kewangan keluarga anggota Kopeks,” katanya, yang menyertai Kopeks hampir 20 tahun lamanya dan turut merasakan perubahan yang baik dalam pembahagia­n dividen berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo pada Majlis Pelancaran Pengagihan Dividen Kopeks dan Sesi Dialog Bersama Anggota di sini kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Kopeks, Datuk Maznah Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kopeks, Buvill Angkui dan Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Negeri Sabah Umar Sarim Saidin.

Bagi Ginong Ligun, 47, seorang pekerja di bahagian Kesihatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut berkongsik­an pendapatny­a yang mana pengagihan dividen oleh Kopeks meningkat setiap tahun.

“Sejak menyertai Kopeks pada 2010, pembahagia­n dividen Kopeks ini sangat memuaskan kerana memperliha­tkan peningkata­n yang ketara setiap tahun selama saya menjadi ahli di sini.

“Selain dividen, Kopeks juga banyak memberikan kebaikan kepada anggotanya seperti pemberian elaun kehadiran mesyuarat.

“Dan kebiasaann­ya saya akan kembalikan elaun ini kepada mereka untuk ditambah ke dalam saham Kopeks sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, dividen yang diperoleh itu sangat bermanfaat kepadanya.

“Pada tahun ini pula, untuk dividen yang diagihkan, saya manfaatkan­nya dengan membuat pembelian di koperasi Kopeks sendiri di Sadong Jaya.

“Tahun sebelumnya, dividen seperti ini juga digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan yang penting untuk isi rumah di koperasi itu,” tambahnya.

Namun, beliau berniat untuk menggunaka­n dividen tahun kewangan 2015 yang diperoleh itu bagi menambah sedikit jumlah saham Kopeksnya.

“Ini adalah untuk menjamin masa depan kerana serba sedikit ia boleh membantu ekonomi keluarga,” jelasnya.

Sementara itu, Pembantu Luar Jabatan Muzium Sabah Matius Angkaus, 58, menyifatka­n tadbir urus Kopeks pada masa kini semakin baik berbanding tahun sebelumnya.

Beliau yang menjadi ahli Kopeks sejak 1986 berkata, pada mulanya prestasiny­a koperasi berkenaan sedikit kucar kacir dan pentadbira­nnya tidak menentu.

“Namun, apabila Kopeks diambil alih oleh peneraju baharu, koperasi ini mula menunjukka­n tadbir urus yang baik sehingga sekarang.

“Jika dilihat, pengagihan dividen dua tahun ini sangat memuaskan dan ia mengikut kadar saham yang kita simpan ke dalam Kopeks.

“Dahulu yuran keahlian adalah hanya RM100 seorang sahaja namun keahlian ini ditingkatk­an kepada RM200 dan saya turut serta juga menambah saham sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, jelasnya penambahan yuran keahlian itu bukan satu bebanan kepada anggotanya tetapi sebagai satu kebaikan yang mana mengikut kadar keuntungan yang diperoleh Kopeks.

“Semakin tinggi saham kita di Kopeks, semakin banyak dividen yang kita peroleh.

“Dengan ekonomi negara yang tidak menentu ini pula, kita perlu pandai mengurus kewangan dan menggunaka­n dividen ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Manakala, Pembantu Operasi Jabatan Pertanian Rozlee Ahmit, 44, yang telah berdaftar dengan Kopeks selama kira-kira lebih 10 tahun berkata dividen yang diagihkan perlu digunakan sebaik-baiknya.

“Dividen ini kita gunakannya dengan sebaik-baiknya untuk keluarga, membeli keperluan sekolah anak-anak dan mana-mana yang kita perlukan.

“Namun kena dahulukan perkara yang lebih penting.

“Saya lihat dividen ini dapat meringanka­n lagi beban kewangan yang ditanggung oleh anggota Kopeks ini sendiri,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an kepada kakitangan kerajaan Sabah turut serta dalam Kopeks kerana ia adalah untuk kebaikan sendiri.

 ??  ?? ROZLEE
ROZLEE
 ??  ?? MATIUS
MATIUS
 ??  ?? GINONG
GINONG
 ??  ?? PRISPINUS
PRISPINUS
 ??  ?? MAZNAH bersama Buvill dan Sarim serta pengurusan Kopeks yang hadir.
MAZNAH bersama Buvill dan Sarim serta pengurusan Kopeks yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia