Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan tunggu keputusan darah sebelum sahkan H1N1

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan masih menunggu keputusan ujian darah dua pelajar pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Tasik di Cheras sebelum memutuskan sama ada mereka dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Dr Subramania­m berkata dua pelajar itu mengalami gejala demam, selesema serta batuk dan telah diasingkan daripada pelajar lain.

“Setiap hari pun ada virus seperti H1N1 dan kebanyakan orang mendapat simptomsim­ptom seperti itu.

“Cuma kumpulan berisiko tinggi seperti wanita mengandung dan warga emas yang mengalami gejala saluran pernafasan perlu lebih berhatihat­i,” katanya ketika ditanya mengenai berita yang tular di laman sosial yang menyatakan kelas pra-sekolah di Bandar Sri Permaisuri itu ditutup akibat jangkitan H1N1,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Malaysian Health Data Warehouse di sini kelmarin.

Dr Subramania­m juga berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara lain tidak lagi memantau jangkitan H1N1 secara khusus kerana ia dikategori­kan sebagai influenza bermusim.

Justeru, katanya, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpado­ktorjikame­ndapat selesema atau simptom yang berkaitan.

“Mereka yang demam selesema juga diminta mengasingk­an diri daripada orang ramai supaya penyakit ini tidak mudah merebak, serta menggunaka­n topeng dan membasuh tangan setiap kali bersin,” katanya. Bernama

 ??  ?? S. SUBRAMANIA­M melancarka­n Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) di Kementeria­n Kesihatan kelmarin. -Gambar Bernama
S. SUBRAMANIA­M melancarka­n Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) di Kementeria­n Kesihatan kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia