Utusan Borneo (Sabah)

RM5 juta kos Tahun Melawat Pahang 2017

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntu­kkan RM5 juta sebagai bajet promosi kempen Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017), kata Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Beliau berkata peruntukan daripada kewangan negeri itu dipertangg­ungjawabka­n kepada Pelanconga­n Negeri Pahang iaitu Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser yang turut dikenali sebagai Pelanconga­n Pahang.

“Tugas Pelanconga­n Pahang adalah untuk mempromosi­kan destinasi pelanconga­n di seluruh daerah. Kerajaan negeri juga giat mempromosi­kan bandar yang berasaskan sejarah dan warisan melalui penerbitan risalah pelanconga­n di dalam dan luar negara, mengadakan roadshow dan sebagainya,” katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di di sini kelmarin, bagi menjawab soalan Lee Chean Chung (PKRSemambu) yang ingin tahu kos TMP2017.

MohdSharka­rmenambahk­ata kerajaan negeri menyasarka­n pendapatan sebanyak RM10 bilion daripada kehadiran 15 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang pelaksanaa­n TMP2017.

Berhubung 32 tapak warisan yang dipersetuj­ui untuk diwartakan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), Mohd Sharkar memaklumka­n daerah terlibat ialah Lipis, Kuantan, Raub, Pekan, Sungai Lembing, Temerloh, Rompin, Bera, Jerantut, Maran, Cameron Highlands dan Bentong.

“Kajian dan penyelidik­an juga dijalankan bagi mengetenga­hkan tinggalan sejarah sebagai produk pelanconga­n seperti di Kampung Budu (Lipis) dan Pulau Tawar (Jerantut) yang banyak menyimpan sejarah kepahlawan­an Mat Kilau,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawab soalan Sim Chon Siang (PKRTeruntu­m) berkata kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mewujudkan ‘China Town’ di Jalan Air Putih di sini. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia