Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat ruang untuk interaksi

-

Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata, jelajah diadakan adalah untuk menyampaik­an perkembang­an programpro­gram sosial yang dilaksanak­an sehingga kini.

Katanya, ia juga memberi ruang kepada para pemimpin untuk berinterak­si dengan masyarakat tempatan selain dapat memperkuku­hkan rangkaian kerjasama diantara agensi kerajaan negeri dan Pusat.

“Melalui pameran pendidikan yang diadakan, saya berharap masyarakat di sini boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai peluangpel­uang pendidikan yang ditawarkan di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

“Sempena dengan jelajah ini, Kumpulan Yayasan Sabah juga memberikan rebat sebanyak 20 peratus bagi pembayaran penuh pinjaman di kaunter pengampuna­n peminjam pendidikan,” katanya.

Katanya, secara keseluruha­nnya seramai 190, 560 orang dari Zon Pantai Barat Selatan telah mendapat manfaat dari program Kumpulan Yayasan Sabah di zon ini dengan perbelanja­an sebanyak RM6 juta dari 2004 sehingga 2016.

Selain itu katanya, sejak 2010 Kumpulan Yayasan Sabah juga telah melaksanak­an Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB) sebagai satu usaha membantu komuniti tempatan.

“Program yang berterusan ini adalah satu usaha membantu komuniti di kawasan pedalaman dengan menumpukan satu-satu perkampung­an.

“Di Zon Pantai Barat Selatan, sejumlah 75 program telah dilaksanak­an dan memberikan manfaat kepada sejumlah 4,531 penduduk tempatan dengan kos keseluruha­n RM191, 774,” katanya.

Katanya, menerusi PDCB, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus memainkan peranan penting dalam melaksanak­an usaha kerajaan bagi memastikan tranformas­i dapat dicapai dalam kalangan komuniti tempatan khususnya di kawasan pedalaman.

 ??  ?? MUSA (tengah), Madius (tiga kiri), Hajiji (dua kiri), Joniston (kiri), Sapawi (tiga kanan) dan Jahid (dua kanan) ketika menyempurn­akan gimik perasmian.
MUSA (tengah), Madius (tiga kiri), Hajiji (dua kiri), Joniston (kiri), Sapawi (tiga kanan) dan Jahid (dua kanan) ketika menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia