Utusan Borneo (Sabah)

Keyakinan dan sasaran perlu seiring, resepi kejayaan SMK Pengiran Omar Sipitang

Resepi kejayaan SMK Pengiran Omar Sipitang

-

BEAUFORT: Keyakinan dan sasaran perlu seiring, itulah resepi kejayaan wakil Bahagian Pedalaman Bawah ke Pertanding­an Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri, Julai ini.

Ketua Kumpulan SMK Pengiran Omar II Sipitang, Charris Jerico Balang, 17, melahirkan rasa syukur dan terharu dengan komitmen semua ahlinya yang terdiri daripada Bb Ellyna Brahim, Fadhluddin Iqbal-s Abd Sattal, Nur Syazwani Md Sukri dan Stenley Lasong.

“Meletakkan sasaran pada sesuatu keinginan itu sangat penting kerana ia akan menentukan sejauh mana keupayaan dan usaha kita untuk mencapainy­a.

“Dalam konteks kejayaan hari ini, Alhamdulil­lah kami amat bersyukur dan terharu kerana usaha kami selama lebih dua minggu ini akhirnya berbaloi.

“Terima kasih kepada support team kami iaitu Abang Zuhairi dan Roland, mereka adalah pelajar Tingkatan 6 yang turut menyumbang buah fikiran dalam sketsa ini,” luahnya dengan gem- bira.

SMK Pengiran Omar merupakan sekolah yang menghantar penyertaan kali kedua pada tahun ini selepas memenangi tempat kedua pada pertanding­an sama, tahun lepas.

Mengenai persiapan ke pertanding­an peringkat negeri, Charris mengimpika­n sebuah persembaha­n sempurna dengan jajaran cerita dan mesej yang menarik untuk disampaika­n.

Untuk tujuan tersebut, dia bersama ahli kumpulanny­a akan mengadakan perbincang­an bersama guru pembimbing Kelab 1Malaysia di sekolahnya untuk memantapka­n lagi idea serta gaya penyampaia­n.

“Pada tahun lepas, sekolah kami mendapat tempat kedua di peringkat bahagian dan kali ini kami bersyukur kerana berjaya tembus ke peringkat negeri.

“Tentang persiapan, kami akan berbincang termasuk mendapatka­n pandangan serta nasihat daripada guru pembimbing kelab supaya dapat menjana idea lebih mantap.

“Sekali lagi, seperti kumpulan lain kami juga menetapkan sasaran untuk tembus ke peringkat kebangsaan, insya Allah,” katanya penuh harapan.

Dalam Pertanding­an Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah semalam, kumpulan itu turut disaingi lima kumpulan lain masing-masing mewakili SMK Beaufort, SMK Benoni, SMK Weston, SMK Bongawan II dan tuan rumah, SMK Gadong.

Namun, hakikatnya, rezeki menjadi milik setiap insan yang mendambaka­nnya serta bekerja keras untuk mendapatka­nnya.

Pertanding­an yang dirasmikan Pengarah Yayasan Sabah yang juga Exco Penerangan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad itu juga dihadiri Pengarah Penerangan Sabah, Suwadi Guliling dan kira-kira 500 ahli Kelab 1Malaysia.

Dalam ucapannya, Sapawi menggesa golongan pelajar agar terus menghayati prinsip Rukun Negara dan mengekalka­n keharmonia­n dalam kepelbagai­an kaum memandangk­an golongan tersebut adalah peneraju agenda negara, Tranformas­i Nasional (TN50) kelak.

Meletakkan sasaran pada sesuatu keinginan itu sangat penting kerana ia akan menentukan sejauh mana keupayaan dan usaha kita untuk mencapainy­a. Dalam konteks kejayaan hari ini, alhamdulil­lah kami amat bersyukur dan terharu kerana usaha kami selama lebih dua minggu ini akhirnya berbaloi. CHARRIS JERICO BALANG, 17 Ketua Kumpulan SMK Pengiran Omar II Sipitang

 ??  ??
 ??  ?? CHARRIS (empat dari kiri, depan) bersama ahli kumpulanny­a merakam gambar kenangan bersama Sapawi (lima dari kanan, belakang), Suwadi (empat dari kanan, belakang) dan para tetamu jemputan.
CHARRIS (empat dari kiri, depan) bersama ahli kumpulanny­a merakam gambar kenangan bersama Sapawi (lima dari kanan, belakang), Suwadi (empat dari kanan, belakang) dan para tetamu jemputan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN Ahli Kelab 1Malaysia yang datang memberi sokongan kepada kumpulan masing-masing.
SEBAHAGIAN Ahli Kelab 1Malaysia yang datang memberi sokongan kepada kumpulan masing-masing.
 ??  ?? ROLAND (kiri) dan Zuhairi (kanan) bergambar bersama kumpulan junior mereka di SMK Pengiran Omar Sipitang, yang diketuai Charris (dua dari kiri).
ROLAND (kiri) dan Zuhairi (kanan) bergambar bersama kumpulan junior mereka di SMK Pengiran Omar Sipitang, yang diketuai Charris (dua dari kiri).
 ??  ?? SAPAWI ketika menyampaik­an ucapan perasmian.
SAPAWI ketika menyampaik­an ucapan perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia