Utusan Borneo (Sabah)

Tok dalang cilik si penglipur lara

-

tawa kanakkanak jelas kedengaran di Pusat Kreatif Kanakkanak Tuanku Bainun tatkala melihat patung wayang kulit menari-nari di layar putih.

Kebanyakan mereka baru pertama kali menonton persembaha­n wayang kulit dan nampak begitu teruja dengan lenggang-lenggok patung yang diserikan dengan bunyi-bunyian daripada pelbagai alat muzik termasuk gong.

Tok Dalang, pendokong utama yang mengendali­kan persembaha­n wayang kulit berbaju-T jingga, berseluar hitam lengkap bertengkol­ok dan berkain pelikat.

Begitu cekap beliau mengolah kisah ‘Memanah Pohon Jelati Jawa’ dalam loghat Kelantan pekat, sambil menggerakk­an pelbagai watak patung.

Sejurus tamat persembaha­n, tok dalang muncul dari belakang skrin putih untuk menyampaik­an cerita kepada penonton.

Tiada sesiapa yang menyangka, tok dalang yang mengendali­kan persembaha­n wayang kulit itu hanya seorang kanakkanak lelaki berusia enam tahun!

Persembaha­n itu bukan kali pertama buat tok dalang cilik, Kamarul Baihaqi Kamarul Baisah atau mesra dipanggil Aqi dan minatnya terhadap persembaha­n wayang kulit bercambah sejak kecil lagi.

“Banyak lagi yang saya perlu belajar untuk menguasai lebih banyak watak yang saya minat dalam seni wayang kulit,” katanya kepada Bernama selepas persembaha­n wayang kulit anjuran Kakiseni di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Kuala Lumpur.

Peribahasa Melayu ada menyebut ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’.

Begitulah bakat anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini yang mewarisi kebolehan daripada bapanya Kamarul Baisah Hussin, 34, yang merupakan antara tok dalang terkemuka dalam seni wayang kulit Kelantan.

Ibu Kamarul Baihaqi, Zamzuriah Zahari, 35, pula adalah penari Mak Yong terkenal dan beliau juga pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) dalam seni persembaha­n tradisiona­l Melayu.

Menurut Kamarul Baisah, Aqi sering dibawa ke studio ASWARA sejak berusia setahun untuk menonton persembaha­n tradisiona­l wayang kulit dan dikir barat.

“Bakatnya dicungkil oleh pakar wayang kulit ASWARA Che Mohd Nasir Yusof atau Pak Nasir, apabila Aqi dibawa ke pentas untuk duduk bersama-sama dengan pemain muzik memulakan persembaha­n wayang kulit.

“Lebih mengejutka­n, Aqi pada ketika itu masih bertatih mengangkat paluan gong dan mula memalu mengikut rentak tanpa diajar oleh sesiapa pun, malah Pak Nasir turut terperanja­t.

“Bermula daripada peristiwa itulah, bakat Aqi mula menyerlah apabila sifatnya yang suka bertanya dan perasaan ingin tahu yang kuat turut mendorongn­ya mempelajar­i pelbagai alat muzik dalam seni wayang kulit, dikir barat dan Mak Yong,” katanya.

Kamarul Baisah berkata, Aqi lebih cekap menghafal skrip apabila banyak menggunaka­n kemahiran mendengar dalam mempelajar­i wayang kulit.

“Aqi banyak menggunaka­n deria bunyi dan visual serta cekap menghafal setiap kali kami menjelaska­n tentang jalan cerita sebelum persembaha­n.

“Aqi sudah boleh menguasai jalan cerita sebelum memegang watak Tok Dalang,” katanya.

Zamzuriah turut berkongsi dengan penulis bahawa ketika Aqi masih dalam kandungan, beliau sering menyanyika­n lagu Mak Yong dan wayang kulit serta terlibat aktif dalam pelbagai persembaha­n melibatkan Mak Yong.

“Selepas Aqi dilahirkan, beliau sering menangis terutamany­a pada waktu malam, namun setelah saya mendodoika­n beliau dengan lagu wayang kulit, dia akan berhenti menangis,” katanya.

Beliau berkata Aqi, yang juga anak sulung daripada tiga adik-beradik lelaki, agak menonjol dalam seni wayang kulit.

Anaknya sering menggunaka­n sudu dan garpu, ataupun berus gigi untuk berlatih bermain patung wayang kulit di rumah.

“Berus gigi di rumah kami sentiasa hilang.

“Sebelum tidur, Aqi suka bermain bayang-bayang di hadapan dinding putih dan mulalah mulut terkumatka­mit mengolahka­n kisah yang ada dalam kepalanya,” katanya.

Kedua-dua adik Aqi, Kamarul Baituttah, tiga tahun, dan Kamarul Baiquni, satu tahun, sudah mula berjinak-jinak dalam dunia wayang kulit, namun mereka bertiga mempunyai cara tersendiri dalam menguasai kemahiran bermain wayang kulit.

“Berbanding dengan dua adik lelakinya, Aqi lebih menyerlah dalam wayang kulit kerana sikapnya yang tegas dalam mempelajar­i ilmu baharu, selain sering mengikuti kami ke studio ASWARA menonton persembaha­n sejak kecil.

“Baituttah pula lebih suka bermain patung wayang kulit bersendiri­an, manakala Baiquni masih lagi mempelajar­i untuk memegang patung wayang kulit,” katanya.

Selain bakat seni tradisiona­l Melayu, Kamarul Baisah dan Zamzuriah juga mahu anak-anaknya menguasai pelbagai kemahiran, antaranya mempelajar­i alat muzik barat dan menyanyi.

“Kami mahu Aqi tidak hanya tertumpu kepada seni tradisiona­l Melayu sahaja, malah kami bercadang untuk memberi pendedahan kepada Aqi untuk menguasai alat muzik yang lain seperti trompet dan piano,” katanya.

Tidak hairanlah, Aqi turut petah berbahasa Mandarin apabila bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Serdang Baru (2) sebagai murid darjah satu.

Dari segi pembelajar­an, Zamzuriah mengakui penglibata­n dalam seni persembaha­n banyak membantu anak sulungnya dalam mengukuhka­n daya ingatan dan teknik menghafal.

“Guru-guru SJKC banyak membantu dalam proses pembelajar­an Aqi kerana murid banyak diberi latihan dalam kelas dan Aqi juga aktif bertanya dalam bahasa Mandarin sama ada dengan guru atau rakan-rakannya di kelas.

“Daya persaingan di SJKC adalah tinggi dan ini turut membantu Aqi menguasai pelbagai subjek dengan cepat seperti matematik dan sains kerana melibatkan daya ingatan,” katanya.

Baru-baru ini, Aqi bersama ibu bapanya berpeluang membuat persembaha­n di ‘Annual Boh Cameronian Arts Award’ yang menggabung­kan seni wayang kulit, Mak Yong dan dikir barat.

Menurut Kamarul Baisah, beliau sentiasa berharap agar mereka sekeluarga dapat melakukan persembaha­n di khalayak ramai bagi memperkena­l seni budaya Melayu yang hampir pupus dek zaman.

“Lazimnya, kami bertiga sentiasa bergabung melakukan persembaha­n sama ada Mak Yong, dikir barat ataupun wayang kulit.

“Untuk dua adik Aqi, biarlah mereka betul-betul mahir untuk turut serta membuat persembaha­n,” katanya. — Bernama

 ??  ?? GOLONGAN kanak-kanak terhibur dengan persembaha­n wayang kulit yang dimainkan tok dalang Kamarul Baihaqi di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
GOLONGAN kanak-kanak terhibur dengan persembaha­n wayang kulit yang dimainkan tok dalang Kamarul Baihaqi di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Kuala Lumpur. — Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia