Utusan Borneo (Sabah)

Sentiasa terokai ilmu baharu, berinovasi

Saranan kepada pelajar jika ingin mencapai kecemerlan­gan

-

TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menyaranka­n pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau agar sentiasa meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi serta berusaha melangkaui sempadan untuk berjaya dengan cemerlang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan ini berkata pelajar sekolah itu perlu berani berdepan dengan cabaran jika ingin memperoleh kejayaan yang cemerlang.

“Kecemerlan­gan yang dikecapi perlu diteruskan kerana setiap kejayaan itu tidak akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan jika tidak diiringi dengan usaha yang setimpal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar (Makep) SMK Tansau, Penampang serta Majlis Penyerahan Akhbar Tutor Utusan Malaysia kepada sekolah-sekolah kawasan DUN Petagas, kelmarin.

Disebalik pengorbana­n guru-guru yang mendidik pelajar di sekolah, Yahya mengingatk­an ibu bapa agar turut memainkan tanggungja­wab masingmasi­ng

“Kecemerlan­gan

yang dikecapi perlu diteruskan kerana setiap kejayaan itu tidak akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan jika tidak diiringi dengan usaha yang setimpal. DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri

dalam mendidik anak mereka di rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas ini menasihatk­an pelajar agar menjaga keterampil­an diri apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.

“Kita tidak mahu ada ibu bapa yang datang berjumpa pengarah jabatan tertentu membawa borang permohonan kerja bagi pihak anak-anak mereka. Kita tidak menggalakk­an perkara sebegini berlaku.

“Kita mahu anak-anak ini cemerlang dalam pelbagai aspek bukan sekadar aspek akademik tetapi juga bidang sukan,” jelasnya.

Mengenai pelajar cemerlang yang akan dibawa ke Hong Kong pada 28 April ini, Yahya berharap 25 orang pelajar yang bertuah itu akan berkongsi pengalaman yang diperoleh kepada rakanrakan supaya mereka dapat motivasi untuk cemerlang dalam pembelajar­an pada masa hadapan.

Yahya turut mengumumka­n akan memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang akan dibawa ke Hong Kong itu.

Beliau turut mengumumka­n untuk meneruskan penajaan akhbar Tutor terbitan Utusan Malaysia buat kali keempat dengan peruntukan sejumlah RM27,792 bagi kawasan DUN Petagas.

“Melalui usaha yang kecil ini kita berharap dapat membantu anak-anak kita untuk membuat persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Menurutnya seperti tahun lalu, tajaan akhbar Tutor itu diberikan kepada enam buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, SK Tombovo, SK Kem Lok Kawi, SK Tansau, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Siong serta SMK Tansau.

Katanya penajaan akhbar berkenaan dilihat banyak membantu pelajar bandar dan luar bandar untuk mengakses bahan ulangkaji sekolah di rumah.

“Usaha ini juga dilihat akan meringanka­n beban ibu bapa yang tidak berkemampu­an untuk membeli bahan rujukan tambahan buat anakanak mereka yang bakal menduduki peperiksaa­n penting seperti UPSR, PT3 dan SPM,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang SMK Tansau Siti Salmiah Samaie @ Tahir berkata dalam peperiksaa­n SPM 2016, sekolah itu memperoleh kelulusan 91.75 peratus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 5.11. Ia menunjukka­n peningkata­n sebanyak 0.12 berbanding 2015.

Katanya 25 orang pelajar yang memperoleh keputusan 5A dan ke atas dalam SPM 2016 itu akan dibawa menyertai Program Jelajah Cemerlang SPM ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou, China pada 28 April hingga 2 Mei ini.

Mengenai kejayaan sekolah itu, beliau berkata pasukan boling SMK Tansau terpilih menyertai Kejohanan Pertanding­an Boling Terbuka Singapura ke-48 pada Jun 2016 di Singapura.

Dalam bidang seni pula, Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Khas Juri ‘Industry Award’ semasa menyertai Vocal Championsh­ip Performing Art di Los Angeles, Amerika Syarikat.

 ??  ?? YAHYA (duduk tengah) bergambar bersama guru dan pelajar cemerlang yang menerima anugerah sempena Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar (Makep) SMK Tansau, Penampang kelmarin.
YAHYA (duduk tengah) bergambar bersama guru dan pelajar cemerlang yang menerima anugerah sempena Majlis Graduasi & Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar (Makep) SMK Tansau, Penampang kelmarin.
 ??  ?? YAHYA (lima kiri) bersama Siti Salmiah (tujuh kiri) semasa penyerahan Akhbar Tutor Utusan Malaysia kepada sekolah-sekolah kawasan DUN Petagas.
YAHYA (lima kiri) bersama Siti Salmiah (tujuh kiri) semasa penyerahan Akhbar Tutor Utusan Malaysia kepada sekolah-sekolah kawasan DUN Petagas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia