Utusan Borneo (Sabah)

Dua tokoh pelajar SMK Tansau berkongsi rahsia kejayaan

-

pencapaian pelajar-pelajar terdahulu yang menerima Anugerah Pelajar Harapan memberi motivasi kepada Budisetias­awan Julkarnain untuk dinobatkan sebagai salah seorang pelajar harapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau Penampang pada masa akan datang.

Sejak berada di Tingkatan Satu lagi, Budi sentiasa berusaha mendapatka­n keputusan cemerlang bukan hanya dalam bidang akademik tetapi juga dalam kokurikulu­m.

Sasarannya hanya satu iaitu untuk dianugerah­kan pelajar harapan agar ia mampu memberi motivasi kepada dirinya serta pelajar lain.

Pelajar Tingkatan Empat yang kini turut aktif sebagai kadet polis sekolah ini sentiasa belajar bersungguh­sungguh agar memperoleh keputusan cemerlang supaya mampu membuatkan kedua ibu bapanya bangga.

Anak kepada pemandu bas ini sentiasa mendapat sokongan ibu bapa, guru serta rakan-rakan dalam pembelajar­an. Ibunya bekerja sebagai jururawat.

“Dalam pembelajar­an, untuk subjek yang saya lemah seperti Sains dan Matematik, saya mengambil tuisyen luar serta belajar secara berkumpula­n dengan rakan-rakan lain,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Graduasi dan Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Tansau, Penampang kelmarin.

Budi juga menyimpan hasrat untuk menjadi doktor pakar dalam bidang neurologi.

Pelajar yang mendapat 8A, 2B dan 1C semasa peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) ini menyasarka­n untuk memperoleh 11A dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.

Turut berkongsi kegembiraa­n apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pelajar 2016 ialah Nur Zahidah Sahaili, 18.

Pelajar yang memperoleh 10A dalam peperiksaa­n SPM 2016 ini tidak menyangka akan mendapat penghormat­an sebegini.

“Saya merasa bersyukur kerana menerima penghargaa­n sebegini. Sejujurnya saya merasa bersyukur dengan nikmat yang diberi untuk menerima Anugerah Tokoh Pelajar ini,” katanya.

Dalam pembelajar­an kedua ibu bapanya menjadi pendorong utamanya selain guru-guru dan kawan.

Berkongsi rahsia kejayaanny­a, Nur Zahidah berkata dalam pembelajar­an apa yang penting adalah sentiasa fokus dalam kelas. Ketika guru mengajar, tumpuan perlu diberi sepenuhnya agar mudah untuknya memahami apa yang diajar.

Beliau yang bercita-cita untuk menjadi peguam syarie ini merancang untuk melanjutka­n pengajian dalam jurusan Undang-Undang Syariah di Universiti Islam Antarabang­sa (UIA).

 ??  ?? YAHYA (empat kiri) menyerahka­n Anugerah Pelajar Harapan kepada Budisetiaw­an, turut kelihatan Pengetua Cemerlang SMK Tansau Siti Salmiah Samaie @ Tahir.
YAHYA (empat kiri) menyerahka­n Anugerah Pelajar Harapan kepada Budisetiaw­an, turut kelihatan Pengetua Cemerlang SMK Tansau Siti Salmiah Samaie @ Tahir.
 ??  ?? YAHYA (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Pelajar kepada Nur Zahidah (empat kiri) yang ditemani ibu dan ayahnya.
YAHYA (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Pelajar kepada Nur Zahidah (empat kiri) yang ditemani ibu dan ayahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia