Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Akademik Universiti UTEM dorong ahli akademik cipta lebih banyak kejayaan

-

Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dianjurkan setiap tahun bagi mendorong ahli akademikny­a mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr.Shahrin Sahib berharap anugerah berprestij yang mula diperkenal­kan pada tahun 2009 itu juga mampu membantu usaha kerajaan iaitu Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) melahirkan insan yang terbilang.

“Anugerah ini merupakan satu inisiatif mempersada kualiti ahli akademik dari segi kepimpinan, kecemelang­an kerja, kemantapan daya usaha yang mampu dijadikan contoh terbaik kepada seluruh warga UTeM,” katanya kepada pemberita di Anugerah Akademik (UTeM) 2016 di sini malam Isnin.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Beliau berharap anugerah ini dapat dijadikan sebagai perangsang untuk para pensyarah melahirkan idea yang lebih berinovati­f dalam pembelajar­an dan penghasila­n idea pada masa hadapan yang bertaraf antarabang­sa.

“Dengan pelbagai cabaran global masa kini dan akan datang pensyarah perlu sentiasa inovatif dalam menghasilk­an idea baharu agar mampu menghadapi cabaran tersebut,” katanya.

Beliau berharap terdapat calon dari UTeM yang akan terpilih untuk mewakili universiti ini di Anugerah Akademik Negara (AAN) anjuran KPT yang dianjurkan setiap tahun.

Katanya sepanjang tempoh 17 tahun penubuhan, UTeM telah berjaya melakar beberapa kejayaan antaranya ialah menjadi pelopor penubuhan e-Pusat Pembelajar­an oleh KPT dan banyak lagi.

Pada majlis malam Isnin, Datuk Dr Mohd Nor Husain yang pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor Akademik UTeM menerima anugerah tokoh akademik dan menerima hadiah wang tunai RM8,000 berserta trofi dan sijil penghargaa­n.

Beliau yang pernah berkihdmat selama 43 tahun sebagai ahli akademik dan pentadbira­n universiti berharap UTeM akan terus menjadi sebuah universiti terulung di negara ini.

“Bagi saya sumbangan yang saya berikan kepada UTeM adalah tidak seberapa namun pihak universiti mengharaga­i apa yang telah saya lakukan kepada universiti.

Anugerah Akademik Harapan pula menjadi milik Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Elektonik dan Kejurutera­an Komputer, G.Vigneswara yang telah menyelia hampir 30 projek sarjana muda dari tahun 2011 hingga 2016 dan mempunyai enam produk yang telah difailkan paten beserta 11 produk lagi berstatus hak cipta.

Manakala Dr Nor Hidayah Mohamad dari Fakulti Pengurusan Dan Teknousaha­wanan yang mengguna pendekatan interaktif dan pembelajar­an teradun menerima Anugerah Inovasi E-Pembelajar­an.

Anugerah khas kumpulan pula menjadi milik kumpulan ‘Nanum Village’ dengan projek tenaga solar pusat didikan komuniti Cenwaey Penaney yang membekal tenaga solar 8KiloWatt di perkampung­an Orang Asli, Ulu Tual, Kuala Lipis.

Profesor Madya Dr Zahriladha Zakaria dari Fakulti Kejurutera­an Elektonik dan Kejurutera­an Komputer menerima Anugerah Penghasila­n Makalah Jurnal dan Anugerah Penyelidik­an. Anugerah Penghasila­n Makalah Jurnal pula dimenangi oleh Dr Suhaimi Misha. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia