Utusan Borneo (Sabah)

Mahasiswa UMSKAL perlu lebih kreatif

Dalam menghadapi kehidupan di menara gading

-

M

AHASISWA Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) perlu lebih kreatif, berinovasi dan seimbang dalam menghadapi kehidupan seharian di menara gading.

Malah, Timbalan Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal menyeru pelajar agar sentiasa mendalami pelbagai ilmu sebelum mereka berada di luar bersama komuniti.

Ini kerana, katanya, kehidupan di institusi pengajian tinggi tidak sama apabila berada bersama masyarakat dan alam pekerjaan yang lebih terbuka.

“Mahasiswa perlu bersedia dengan kehidupan bersama masyarakat selepas menamatkan pengajian di IPT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Aku Mahasiswa Universiti (KAMU) 2017 peringkat Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) di ruang legar, Bangunan Menara, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Pengarah 2, Noraziemah Mohamad, Exco Kebajikan dan Khidmat Mahasiswa, Mellanie Mell Adris dan Yang Dipertua Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas), Kolej Kediaman Beta, Loke Sai Hou.

Program KAMU’17 itu turut dimeriahka­n dengan penglibata­n pelajar Tingkatan Empat hingga Enam SMK Labuan, SMK Mutiara, SMK Lajau, SM St Anthony dan SMK Rancha-Rancha.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk lawatan ke sekitar kampus, perbincang­an akademik dan pembentang­an oleh pelajar terbabit.

Dr Geoffrey yang mewakili Pengarah Kampus, Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik berharap menerusi program tersebut, pelajar akan mengetahui lebih mendalami kehidupan sebenar di universiti termasuk pengajaran dan pembelajar­an yang ditempuhi mahasiswa.

“Inilah peluang pelajar sekolah menengah melihat lebih dekat suasana sebenar kehidupan di sebuah universiti. Kewujudan UMS Labuan diharap mampu menaikkan semangat mereka untuk belajar bersungguh­sungguh sekaligus memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik,”katanya.

Majlis perasmian itu dimeriahka­n dengan persembaha­n busking oleh pelajar UMS Labuan.

 ??  ??
 ??  ?? DR Geoffrey merasmikan Karnival Aku Mahasiswa Universiti (KAMU) 2017 peringkat Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL).
DR Geoffrey merasmikan Karnival Aku Mahasiswa Universiti (KAMU) 2017 peringkat Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL).
 ??  ?? DR Geoffrey bersama guru dan pelajar sekolah menengah.
DR Geoffrey bersama guru dan pelajar sekolah menengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia