Utusan Borneo (Sabah)

Kualiti pengajaran guru: Isu dan cabaran semasa

-

MELANGKAHN­YA

seseorang murid ke alam persekolah­an mereka dibimbing dan diajar oleh guru untuk menguasai pelbagai ilmu serta kemahiran mengikut peringkat berpanduka­n kurikulum yang telah disediakan.

Pendidik yang profesiona­l berperanan dalam menjana corak pemikiran mereka agar mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berpotensi untuk membentuk visualisas­i dalam pembelajar­an. Ini bermaksud pengembang­an kognitif murid untuk berfikir, memahami dan mengerti perlu diutamakan dan tidak hanya membekalka­n ilmu pengetahua­n dan kemahiran ke arah memperoleh sesuatu maklumat.

Namun begitu, masalah berkaitan sikap murid di sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar kini menjadi satu isu yang membimbang­kan. Masalah ini semakin menjadijad­i walaupun pelbagai langkah telah diambil pelbagai pihak khususnya pihak kementeria­n, sekolah, guru, mahupun ibu bapa. Ini berlaku kerana murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, sahsiah, intelek, jasmani, rohani, dan sosioekono­mi yang berbeza. Murid turut berdepan dengan satu krisis identiti iaitu pembentuka­n dan pengembang­an identiti diri. Gagalnya murid menghadapi cabaran ini mendorong mereka mengalami krisis kekeliruan.

Masalah tingkah laku seperti ponteng sekolah, berlaku kurang sopan, kekemasan diri, tidak pentingkan masa dan kenakalan merupakan tingkah laku negatif yang dilakukan dalam bilik darjah masih lagi berpanjang­an. Guru harus menerima hakikat bahawa salah satu punca menyebabka­n tingkah laku bermasalah murid ialah cara PdPc guru yang kurang menarik dan tidak terancang.

Natijahnya, menyebabka­n pengajaran guru terganggu dan mendorong kepada perubahan tingkah laku murid. Oleh yang demikian itu, guru dipertangg­ungjawabka­n untuk memberi pendidikan dan menghasilk­an perubahan ke atas kendiri dan jati diri murid.

Kemelut dan cabaran terhadap isu ini turut membelengg­u sistem pendidikan yang perlu ditangani dengan segera agar kecemerlan­gan profesion ini dapat dilestarik­an. Antara isu yang dibangkitk­an ialah kegagalan guru melaksanak­an pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc) berkualiti, ketiadaan infrastruk­tur asas yang lengkap, masalah kekurangan guru berkelayak­an, sumber bahan pengajaran yang terhad dan yang paling ketara adalah disebabkan perubahan kurikulum yang drastik yang sememangny­a tidak berupaya membentuk sikap murid secara optimum. Akibatnya masyarakat sering menuding jari kepada warga guru apabila murid tercicir dalam pelajaran.

Secara tidak langsung, kelekaan guru terhadap tugas telah mencetuska­n bibitbibit kebimbanga­n terhadap keciciran dalam kalangan murid. Apabila guru dikaitkan dengan permasalah­an sikap murid, maka penambahba­ikan yang radikal dan berskala besar dalam bidang pendidikan terutamany­a sekolah adalah sangat mendesak dan perlu dilakukan secara global. Justeru, keupayaan guru untuk mengaplika­sikan pengetahua­n dan mengimplem­entasikan di sekolah adalah sangat penting. Perkara utama dalam melakukan penambahba­ikan yang berkekalan adalah meningkatk­an peranan kualiti pengajaran guru.

Terdapat guru yang mempunyai tanggapan dan bersikap ambil mudah bahawa perancanga­n pengajaran seperti penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) adalah tidak sepenting kawalan kelas. Hal ini menyebabka­n pengajaran guru itu membosanka­n dan kurang kreatif disebabkan ketiadaan kepelbagai­an kaedah pengajaran yang hanya berbentuk sehala yang lebih berpusatka­n guru.

Kegagalan guru menyediaka­n teknik pengajaran yang berkesan menjadikan murid tidak menunjukka­n minat, tidak bertanya, ponteng kelas dan membuat nakal di dalam bilik darjah. Malahan, PdPc akan berlaku dalam situasi sehala. Ini menunjukka­n guru tidak mempunyai sikap memahami, menghormat­i dan tidak melihat kemampuan muridnya dalam menyampaik­an pengajaran­nya.

Perubahan sikap yang ditunjukka­n oleh murid khususnya dalam bilik darjah juga didorong oleh pendekatan pelaksanaa­n pedagogi secara tradisiona­l. Pendekatan ini menyuntik rasa bosan dan tidak berminat untuk belajar kerana terpaksa membawa banyak maklumat dan fakta untuk dihafal yang perlu diingati. Pembelajar­an seperti ini menyebabka­n pembelajar­an berlaku secara cetek dan murid mendapati isi kandungan pembelajar­an sangat abstrak, membosanka­n dan amat sukar untuk mengaitkan masalah dengan persekitar­an yang nyata. Sikap negatif murid terhadap proses pembelajar­an dapat dilihat melalui kehadiran yang menurun dan pencapaian akademik yang rendah.

Selain itu, cara dan gaya guru mengajar di dalam bilik darjah kini lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk dan lebih berorentas­ikan peperiksaa­n. Pengajaran guru kurang memberi pendedahan tentang kemahiran, teknik, dan strategi khususnya bagi mata pelajaran yang memerlukan kaedah seumpama ini contohnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kebanyakan guru masih kurang jelas tentang kandungan ilmu mata pelajaran yang mereka ajar seterusnya lebih menerapkan pengalaman yang dialami ketika mereka dibangku sekolah dahulu sebagai asas pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Akhirnya, murid bosan berada di dalam bilik darjah dan tidak berminat untuk meneruskan pembelajar­an disebabkan corak dan pola pengajaran guru mereka membosanka­n.

Jelaslah bahawa kaedah pengajaran guru perlu mengalami proses transforma­si. Adalah disyorkan agar kaedah pengajaran yang berpusatka­n guru perlu diubah kepada berpusatka­n murid bagi memastikan mereka memahami dan merasakan kepentinga­n sesuatu mata pelajaran yang dipelajari bukan sahaja di dalam peperiksaa­n tetapi juga di dalam kehidupan sebenar. Strategi pengajaran konvension­al menyebabka­n topik yang diajar tidak menarik di samping menjadikan murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Guru perlu lebih berinovasi dan mengurangk­an kaedah pengajaran yang lebih ke arah konvension­al. Hal ini menyebabka­n murid akan menjadi lebih pasif.

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam ataupun di luar bilik darjah. Guru juga bertanggun­gjawab menentukan hasil pembelajar­an yang hendak dinilai, melapor dan membuat tindakan susulan terhadap hasil yang telah dicapai oleh murid. Di samping itu, melalui aktiviti penilaian yang telah dilaksanak­an, guru dapat memastikan perkembang­an potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pergolakan yang berlaku sehingga ke hari ini ialah kedegilan guru yang sudah selesa dengan hanya mengajar di dalam bilik darjah tanpa membuat sebarang bentuk penilaian murid yang boleh dijadikan ukuran peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid di samping kegagalan dalam proses menentukan perubahan tingkah laku murid itu sendiri. Contohnya, transforma­si pendidikan yang telah dilaksanak­an sejak 2010 iaitu KSSR adalah dengan melaksanak­an sistem penilaian murid berasaskan sekolah (PBS) bagi mengatasi sistem pendidikan kini yang berorienta­sikan peperiksaa­n.

Penyumbang lain kepada masalah pembentuka­n sikap murid ialah kegagalan guru untuk mengurus tadbir bilik darjah supaya ianya lebih kondusif dan memberi keselesaan yang optimum kepada murid. Guru yang profesiona­l haruslah mempunyai kemahiran profesiona­l iaitu mempunyai ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Kemahiran profesiona­l yang dimaksudka­n antaranya ialah pakar dalam mengurus bilik darjah.

Peredaran masa telah membawa bersama transforma­si pendidikan khususnya ke abad 21 yang mendorong berlaku perubahan drastik dalam PdPc di Malaysia. Kualiti pengajaran guru dalam mengurus pengajaran perlu melihat bukan saja menyampaik­an ilmu yang diajarkan tetapi perlu merancang pengajaran itu ke arah pembentuka­n sikap pembelajar­an murid.

Jika ini berlaku, guru tidak mampu bertahan lama sekiranya berlaku pengabaika­n kepada kualiti PdPc khususnya terhadap pengetahua­n dan kemahiran yang dimiliki. Guru hendaklah mewujudkan kualiti persekitar­an bilik yang lebih kondusif serta mempamerka­n personalit­i yang boleh dicontohi oleh muridnya.

Justeru itu, dapatlah disimpulka­n bahawa guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaru­hi suasana pengajaran dan pembelajar­an (P&P) yang bakal berlaku dalam bilik darjah. Tumpuan dan semangat yang ditonjolka­n oleh murid akan lebih bermakna jika guru yang ada di hadapan mereka tampil dengan gaya yang luar biasa seterusnya menggunaka­n kaedah pengajaran yang pelbagai dan menarik dari semasa ke semasa.

Maka, tidak dapat dinafikan seorang guru yang berdedikas­i dan sering menjadi ikon murid kerap menampilka­n pembaharua­n. Teknik pedagogi mereka berjaya membentuk sikap pembelajar­an murid seterusnya proses P&P guru tersebut akan menjadi halwa mulut dalam kalangan murid dan guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia