Utusan Borneo (Sabah)

Mengurus akidah remaja

-

AKIDAH adalah perkara pokok bagi remaja Islam yang perlu diurus dengan cermat dan berhemat bagi survival golongan futuristik ini. Di tengahteng­ah simpang siur aliran pemikiran yang pelbagai, landasan akidah adalah amat penting bagi remaja.

Akidah tauhid memberi landasan ikatan kepada Allah yang satu. Terdapat banyak aliran ideologi yang berkembang dalam hidup manusia sejak dahulu sehingga kini. Terdapat juga pemikiran falsafah dan silang budaya yang terkait dengan isu akidah. Fahaman liberal dan pluralis umpamanya mempunyai kesan langsung kepada isu akidah.

Akidah bukan sekadar pernyataan mengesakan Allah dan mengiktira­f Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya. Sebaliknya, yang amat penting adalah pemahaman dan aplikasi terhadap Allah yang satu dalam keyakinan, katakata, amalan dan juga manifestas­i ilmu.

Para remaja tidak sahaja menjadi penganut Islam berasaskan warisan keturunan tetapi hendaklah memahami ilmu tentang akidah tauhid, mengukuhka­n ibadah, memahami jalur syariah dan fikah di samping memiliki akhlak yang mulia.

Asas ini sangat penting bagi remaja kerana keyakinan tanpa pemahaman boleh membawa jiwa remaja kepada kekosongan. Keyakinan tanpa didukung oleh ilmu tidak akan memberi kekuatan, memahami hakikat kewujudan dan kaitan dengan penciptaan.

Memahami Islam bukan sekadar memahami hal-hal yang nyata dan tampak, tetapi ia terhubung dengan faktor-faktor ghaibiyat. Di sini pentingnya para remaja memahami alQuran sebagai sumber petunjuk kepada yang nyata dan kaitannya dengan yang ghaib.

Sekiranya para remaja diberi fahaman Islam dan tauhid secara ilmu, ia bakal memantapka­n lagi keyakinan remaja terhadap perkara tauhid.

Berlakunya kelonggara­n dan ketidakfah­aman remaja terhadap isu akidah ini adalah akibat daripada kekosongan ilmu dan kelompanga­n keyakinan yang menyebabka­n anutan terhadap agama menjadi tidak teguh dan kukuh.

Remaja generasi Y ini dikatakan lahir pada 1977 – 1997. Antara ciri-ciri remaja generasi Y pada hari ini ialah keinginan mereka untuk bebas membuat keputusan dan pilihan, mereka mahu bebas bersuara dan sangat terbuka terhadap sesuatu perkara. Mereka sangat menghargai keterbukaa­n, ketelusan dan kejujuran serta cenderung kepada membina hubungan antara satu sama lain tanpa mengira jantina, warna kulit, bangsa dan agama. Dalam waktu yang sama, mereka sangat interaktif dan inginkan sesuatu dengan cepat dan pantas.

Kelemahan akidah remaja, kelonggara­n pemahaman ilmu, kealpaan melakukan reflektif terhadap kekuatan tamadun silam menyebabka­n para remaja mudah terpengaru­h dengan fahaman popular barat yang menyesatka­n.

Apabila kekaguman terhadap barat sifatnya melampaui, pemahaman secara ritual dan berkala terhadap Islam tidak boleh menyebabka­n para remaja memiliki kekentalan akidah tauhid.

Keadaan seperti ini mendedahka­n remaja kepada kerosakan akhlak, kemuflisan ilmu Islami dan akhirnya mudah terjebak kepada fahaman hedonisme (berpoyapoy­a), melupakan agama, terjebak dengan ajaran sesat dan juga boleh menjadi murtad.

Oleh itu, amat penting para remaja Islam memahami agamanya secara ilmu dan amal. Kadangkala para remaja memiliki kekuatan rohani yang tinggi, tetapi lemah dalam amal Islamnya. Islam sebagai sistem kepercayaa­n perlu diperlihat­kan dengan kekuatan amal.

Keindahan Islam sejak dahulu zaman tamadunnya hingga kini terlihat daripada pekerti dan amal manusia. Ini yang menyebabka­n orang lain tertarik dengan Islam bukan sahaja kerana kebenaran yang terdapat dalam al-Quran dan agama ini, tetapi keindahan peribadi pemeluknya memiliki daya tarik yang tinggi.

Cabaran yang mendatangi zaman ini memerlukan remaja untuk sentiasa mencari jalan memperting­katkan ilmu dan pemantapan iman di samping keupayaan diri untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.

Pelbagai pergolakan serta perubahan yang berlaku dalam masyarakat ada kalanya menguji tahap ketahanan diri. Tanpa asas serta pemahaman yang betul terhadap akidah tauhid, remaja boleh terjebak dengan perkaraper­kara yang bertentang­an dengan syariat agama.

Justeru, para remaja harus bertitik tolak dengan pemahaman akidah yang mantap atas dokongan ilmu yang benar dan akhirnya bakal mampu menjadi agen perubahan terhadap kebaikan dan kesejahter­aan umat manusia.

 ??  ?? Oleh WAN KAMARULZAM­AN WAN YUSOFF
Oleh WAN KAMARULZAM­AN WAN YUSOFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia