Utusan Borneo (Sabah)

SK Moynod kekal juara Pesta Pantun

Pertanding­an bertemakan ‘Menjejaki Khazanah Ilmu Berzaman’ mendapat sambutan menggalakk­an

- Oleh SALMAN ABADI

P

ANTUN merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi dan membugarka­n puisi tradisiona­l ini dalam masyarakat, selain memastikan ia terus dihayati generasi muda, pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkena­lkan Pertanding­an Pesta Pantun pada tahun 1989.

Pertanding­an Pesta Pantun melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) manakala sekolah rendah melibatkan murid Tahap Dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

Pesta Pantun dilaksanak­an secara berperingk­at, bermula di peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Di peringkat sekolah, ia biasanya dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m dengan kerjasama Bidang Bahasa atau Panitia Bahasa Melayu dan juga Persatuan Bahasa Melayu di sekolah.

Manakala di peringkat daerah dan negeri, Pesta Pantun dianjur dan dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m di bawah Sektor/Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK).

Pertanding­an Pesta Pantun merupakan salah satu aktiviti di bawah program koakademik bahasa yang merupakan sebahagian daripada kegiatan kokurikulu­m wajib di sekolah.

Secara umumnya, objektif program Pesta Pantun ialah membolehka­n murid dapat mengaplika­sikan kemahiran berbahasa dalam mencipta dan menjawab pantun, membina keyakinan diri, meningkatk­an ilmu pengetahua­n dalam seni bahasa serta menghayati warisan seni berzaman melalui aktiviti berpantun.

Dalam masa yang sama, program pesta pantun juga dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi, selain memenuhi keperluan transforma­si pendidikan selaras dengan ‘Enam Aspirasi Murid’ dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

‘Enam Aspirasi Murid’ atau ciri utama dalam PPPM yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global, iaitu Pengetahua­n, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional.

Selain itu, pertanding­an yang diadakan juga bertujuan memilih wakil untuk bertanding atau bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Dalam hubungan ini, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran melalui Unit Kokurikulu­m telah menganjurk­an Pertanding­an Pesta Pantun Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah Beluran 2017 di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Moynod Beluran, barubaru ini.

Pertanding­an itu dikelolaka­n oleh SK Moynod yang dipengerus­ikan oleh Guru Besar Cemerlang SK Moynod, Ibrahim Haji Saruna dengan kerjasama Pegawai SISC+ (Bahasa Melayu – Rendah dan Menengah) PPD Beluran.

Penyelaras pertanding­an itu, Cikgu Norfadziel­ah Atiqa Mohd Salim berkata, pesta pantun sekolah rendah pada tahun 2017 ini mendapat sambutan yang amat menggalakk­an berbanding tahun lalu.

Katanya, sebanyak tujuh buah sekolah menyertai pertanding­an itu dengan tema ‘Menjejaki Khazanah Ilmu Berzaman’.

Menurutnya, pihak Jawatankua­sa Pengelola telah memilih sebanyak 10 tema pantun daripada sejumlah 60 tema pantun yang disenaraik­an.

Sepuluh tema pantun yang dipilih ialah Amalan Budi Bahasa, Permainan Tradisiona­l, Pakaian Tradisiona­l, Batik Malaysia, Makanan Tradisiona­l, Perubatan Tradisonal, Di Mana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung, Memperkasa Bahasa, Perpaduan Bangsa dan Hutan Simpan.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah dalam pertanding­an pesta pantun yang dijalankan dalam tiga pusingan itu ialah SK Moynod, SK Kolapis, SK Sungai Nangka, SK Jaya Bakti, SK Pekan, SK Balaban Jaya dan Seri Pagi, Beluran.

Pertanding­an itu menyaksika­n kehebatan pasukan SK Moynod muncul johan sekali gus mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu (2016).

Dibimbing jurulatih, Cikgu Mainas Sabilon, SK Moynod diwakili Nurnatasya, Nuradila Celestine dan Mohd Afiq AlAzhra menjuarai pertanding­an itu dengan mengumpul 696 markah pada pertanding­an akhir.

Naib johan disandang pasukan SK Kolapis (655 markah) yang diwakili Mohd Alfian, Siti Fasha Narmeya dan Mohd Ardian Shah serta dibimbing jurulatih, Cikgu Muhammad Muhiddin Samsudin.

Tempat ketiga dimenangi pasukan SK Sungai Nangka bimbingan Cikgu Siti Farizah Jiplin @ Jeffery dan tempat ke-4 ialah SK Jaya Bakti.

Pada peringkat separuh akhir, SK Moynod (664 markah) mengalahka­n pasukan SK Sungai Nangka (658), manakala SK Kolapis (610) menyingkir­kan SK Jaya Bakti (598 markah).

Nurnatasya dari SK Moynod turut diumumkan sebagai ‘pemantun terbaik’ pada pertanding­an itu dan turut menerima hadiah sebuah piala dan sijil kemenangan.

Pertanding­an akhir pesta pantun itu dihakimi oleh Jamry Haji Saruna dan Haji Ismail Haji Salleh (Pegawai SISC+ PPD Beluran) dan Cikgu Hayati Utong, dari SK Pekan Beluran yang juga penulis dan penggiat aktiviti bahasa di daerah Beluran.

Para pemenang menerima hadiah berupa piala, tropi individu dan sijil penyertaan yang disampaika­n oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Laires Caroline Ano.

Berucap merasmikan majlis itu, Laires yang juga Penolong Pegawai dan Ketua Unit Jaminan Kualiti (UJK) PPD Beluran merakamkan penghargaa­n dan tahniah atas usaha, komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat menyertai dan menjayakan pertanding­an itu, khasnya pihak sekolah pengelola iaitu SK Moynod, Beluran.

Katanya, pantun merupakan seni warisan nenek moyang sejak dahulu yang digunakan sebagai bahasa komunikasi yang indah tetapi di dalamnya sarat dengan mesej tersirat yang ingin disampaika­n.

“Kalau kita hayati pantunpant­un lama warisan nenek moyang kita, di dalamnya memaparkan keindahan bahasa, terselit pesanan dan pengajaran yang melambangk­an sifat sopan santun dan budi bahasa yang indah.

“Ungkapan dan susunan ayat pantun serta rima yang serasi dapat membayangk­an kelembutan dan keindahan masyarakat kita”, katanya.

Justeru katanya, amalan seni berpantun amat sesuai dengan latar budaya masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat memerlukan usaha penyatuan dan permuafaka­tan dalam konteks perpaduan dan keharmonia­n masyarakat melalui kepelbagai­an kaum, budaya, bahasa, agama dan

Kalau kita hayati pantun-pantun lama warisan nenek moyang kita, di dalamnya memaparkan keindahan bahasa, terselit pesanan dan pengajaran yang melambangk­an sifat sopan santun dan budi bahasa yang indah. LAIRES CAROLINE ANO Wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran

sebagainya.

“Amalan sopan santun dan berbudi bahasa perlu diutamakan bagi menjaga keharmonia­n sesama kita”, katanya sambil menggesa para pelajar agar terus meneroka pelbagai bidang ilmu dan kemahiran melalui aktivitiak­tiviti yang dilaksanak­an di sekolah, sama ada dalam bidang akademik, kokurikulu­m, pembanguna­n sahsiah dan sebagainya.

Beliau mengajak seluruh warga masyarakat khasnya warga sekolah di daerah Beluran agar terus menanamkan semangat untuk menghargai dan seterusnya memartabat­kan budaya warisan yang menjadi identiti kita selama ini.

“Semoga anak-anak kita dapat mengekalka­n semangat jati diri dan berbangga dengan warisan nenek moyang kita”, kata Laires sambil berharap aktiviti tersebut (pesta pantun) terus diadakan pada masa akan datang.

Laires mengakhiri ucapannya dengan dua rangkap pantun seperti berikut:

“Ke Pulau Angsa mencari ikan, Ikan dijala bersama udang, Budaya bangsa dilupa jangan, Maruah terbela rakyat terbilang”.

“Anak sembilang di dalam kolam, Berenang-renang mencari ikan, Usah dibuang khazanah silam, Baik dikenang pantun warisan”.

Terdahulu, Guru Besar SK Moynod, Ibrahim Haji Saruna merakamkan penghargaa­n dan terima kasih pihak PPD Beluran khasnya Unit Kokurikulu­m kerana memberikan peluang dan kepercayaa­n kepada pihak SK Moynod untuk mengelolak­an pertanding­an itu untuk kali kedua berturut-turut.

Katanya, melalui pengelolaa­n aktiviti itu, beliau menyifatka­n bahawa “yang pejam menjadi celik dan yang samar menjadi terang”.

Beliau berkata, pelaksanaa­n program itu bukan sahaja berjalan lancar dalam suasana meriah, harmoni dan berwarna-warni, tetapi juga berlangsun­g dengan penuh tertib dan berdisipli­n, hasil kerjasama dan komitmen tinggi semua pihak yang terlibat.

Ibrahim menjelaska­n, tema ‘Menjejaki Khazanah Ilmu Berzaman’ dipilih dengan matlamat dan harapan agar seni budaya warisan berpantun akan terus dijejaki, diamalkan dan diwarisi generasi muda selain penggunaan pantun terus dibugarkan demi mengekalka­n khazanah warisan bangsa.

Katanya, institusi pendidikan seperti di sekolah rendah dan menengah merupakan landasan dan ruang terbaik bagi menentukan budaya seni warisan berpantun yang diwarisi turun temurun akan terus kekal dan berkembang dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Kanan Kokurikulu­m (PK Kokum) SMK Beluran Suzanah Sidek, PK Kokum SMK Beluran II Noor Fadzillah Yunus, Guru Besar SK Pekan Salasiah Said, Guru Besar SK Jaya Bakti Gardif Singh dan para Penolong Kanan serta guruguru SK Moynod, Beluran.

 ??  ?? SK
MOYNOD kekal juara Pesta Pantun bersama Laires (dua kiri), Ibrahim (kiri) dan jurulatih, Cikgu Mainas Sabilon (kanan).
SK MOYNOD kekal juara Pesta Pantun bersama Laires (dua kiri), Ibrahim (kiri) dan jurulatih, Cikgu Mainas Sabilon (kanan).
 ??  ?? NAIB johan SK Kolapis bersama jurulatih, Cikgu Muhd Muhiddin Samsudin (kanan).
NAIB johan SK Kolapis bersama jurulatih, Cikgu Muhd Muhiddin Samsudin (kanan).
 ??  ?? LAIRES ketika berucap merasmikan majlis itu.
LAIRES ketika berucap merasmikan majlis itu.
 ??  ?? LAIRES (duduk tengah) dan Ibrahim Haji Saruna (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama para jemputan, hakim, AJK Pengelola, guru pengiring dan para peserta Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Beluran 2017.
LAIRES (duduk tengah) dan Ibrahim Haji Saruna (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama para jemputan, hakim, AJK Pengelola, guru pengiring dan para peserta Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah Beluran 2017.
 ??  ?? HAKIM pertanding­an akhir Pesta Pantun (dari kiri) Jamry Haji Saruna, Haji Ismail Salleh dan Hayati Utong.
HAKIM pertanding­an akhir Pesta Pantun (dari kiri) Jamry Haji Saruna, Haji Ismail Salleh dan Hayati Utong.
 ??  ?? LAIRES (tengah) menyampaik­an hadiah sambil diiringi Ibrahim.
LAIRES (tengah) menyampaik­an hadiah sambil diiringi Ibrahim.
 ??  ?? IBRAHIM menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Laires.
IBRAHIM menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Laires.
 ??  ?? SK SUNGAI NANGKA menduduki tempat ketiga.
SK SUNGAI NANGKA menduduki tempat ketiga.
 ??  ?? SK JAYA BAKTI tempat keempat.
SK JAYA BAKTI tempat keempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia