Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar cemerlang terima penghargaa­n

-

LABUAN: Seramai 76 pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulu­m telah menerima penghargaa­n pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Anak Labuan, di Dewan Institut Latihan Perindustr­ian (ILP), Ahad lalu.

Mereka merupakan pelajar yangmendap­atkeputusa­nyang cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR, PT3, SPM dan STPM 2016.

Semua anugerah disampaika­n oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Haji Bashir Haji Alias, Naib Ketua Bahagian, Datuk Khalid Abd. Ghani dan Naib Ketua Pemuda, Morshidi Juanah yang mewakili Ketua Pemuda BN Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan.

Hadir sama Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Norismah Ab Moin yang mewakiliPe­ngarahPend­idikan Labuan, Raisin Saidin.

Turut menerima penghargaa­n ialah 10 individu yang telah mengharumk­an nama Wilayah Persekutua­n Labuan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Rozman berkata, beliau berbangga dengan pencapaian yang diperoleh dan mahu setiap warga Labuan mengangkat budaya inginkan kecemerlan­gan bagi membangunk­an rakyat yang cemerlang.

Katanya, menerusi anugerah dan sumbangan yang diberikan, diharap menjadi pembakar semangat untuk warga Labuan terus berusaha mencapai kejayaan.

Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berharap program julung kalinya yang dianjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional itu akan diteruskan pada masa akan datang.

“Semoga sumbangan tersebut akan menyuntik semangat bukan sahaja kepada penerima sumbangan tetapi juga warga Labuan agar terus mengharumk­an nama Labuan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,”katanya.

Majlis tersebut mendapat sokongan padu daripada Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Jabatan Pendidikan Labuan dan SRCC.

 ??  ?? ROZMAN (tiga kiri) menyampaik­an anugerah kepada pelajar cemerlang sambil diperhatik­an dari kiri, Khalid, Yunus, Bashir, Norismah dan Morshidi.
ROZMAN (tiga kiri) menyampaik­an anugerah kepada pelajar cemerlang sambil diperhatik­an dari kiri, Khalid, Yunus, Bashir, Norismah dan Morshidi.
 ??  ?? PELAJAR SM Sains Labuan gembira menerima anugerah penghargaa­n.
PELAJAR SM Sains Labuan gembira menerima anugerah penghargaa­n.
 ??  ?? ATLET kurang upaya juga menerima penghargaa­n daripada Pemuda BN Labuan.
ATLET kurang upaya juga menerima penghargaa­n daripada Pemuda BN Labuan.
 ??  ?? PEMAIN bola sepak negara, Ahmad Hazwan turut menerima anugerah yang diwakili ibu bapanya pada majlis itu.
PEMAIN bola sepak negara, Ahmad Hazwan turut menerima anugerah yang diwakili ibu bapanya pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia